Friday, November 25, 2011

Nukilan Hati

Kalau awak ingat, awak boleh permainkan saya, awak silap!
Kalau awak ingat, muka awak hensem saya boleh terpikat awak silap!
Kalau awak ingat, awak kaya raya boleh membeli hati saya awak silap!
Kalau awak ingat, pergunakan agama boleh cairkan hati saya awak silap!
Kalau awak ingat, kata-kata manis boleh melembutkan hati saya awak silap!

Awak silap selagi awak tak betulkan niat awak memikat hati saya..
Awak silap selagi awak tak berlaku jujur dengan kaum saya..
Awak silap selagi awak tak bertanggungjawab sebagai seorang lelaki..
Awak silap selagi awak tak menggunakan cara yang berlandaskan syariat..
Awak silap selagi awak tak beramal dengan ilmu yang awak ada..


Kisah silam memang mengajar aku. Aku keras hati? Memang. Pada zahirnya aku kelihatan lembut. Tapi kelembutan yang ada bukan untuk kamu pijak maruah aku sebagai seorang perempuan. Aku buka hati untuk kamu, bukan bererti aku membenarkan kamu permainkan perasaan aku. Tabahnya aku sebagai wanita itu mungkin, tapi kecewanya aku sebagai manusia biasa itu Allah saja yang dapat rasa.

Jangan tanya aku kenapa sukar untuk aku memberikan kamu peluang. Sesungguhnya hati aku betul-betul tidak bersedia setelah apa yang kamu lakukan. "Jangan cuba mencipta harapan jika kamu hanya berniat untuk mainkan perasaan..." Carilah jalan yang berlandaskan ajaran agama. Jalan yang sah untuk memiliki hati aku.

Aku tak kisah jika kamu pergi. Bukan kerana aku sombong, bukan kerana aku ego, tapi aku lebih rela begitu. Merendahkan martabat aku di depan kamu bukan aku orangnya. Aku percaya pada takdir ilahi. Jika jodoh itu sememangnya untuk aku, walau sejauh mana kamu berlari, walau sepantas mana aku mendaki meninggalkan kamu, di suatu sudut, Allah pasti temukan kita. 

*nukilan hati

2 comments:

Jay said...

sebagai seorang lelaki,hati jiwa dan perasaan seorang wanita adalah tanggungjawab untuk di jaga.kerana tanggungjawab itulah yang akan kita pikul sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga bila telah berkahwin kelak.andai kita gagal di dalam tanggungjawap ini,bermakna kita masih belum bersedia untuk memikul tanggunjawab yang berat ini.sedangkan hati perasaan dan jiwa wanita tidak dapat kita jaga apa lagi dosa yang akan kita tanggung setelah bernikah??

EYQASARA said...

jay: terima ksih... sy dpt jwapan dr sorg lelaki.. thnks sgt..(^^)

 
;