Thursday, November 10, 2011

Puisi Cinta Allah, jawapan kepada lelaki.


Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya akan lebih ralat jika saya hilang cinta Allah..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..


Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..


Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..


Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..


Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..


Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah..


*originally from Pena Cik Eyqasara

8 comments:

JIJI YU said...

jika kau dah jumpa lelaki yg boleh buat cintamu pada ALLAH makin utuh..terima la die

EYQASARA said...

JIJI YU: insyaAllah... klu dah jumpa laaaa.. msalahnye skang ni tak jumpa2.. hihi..

dill said...

sejuk ati pas bace

dill.

EYQASARA said...

dill: trima kasih.. :)

Bella Bell said...

wow. ada jiwa. nice dear :)

EYQASARA said...

Bella bell: hihihi.. mekasih.. ;)

Jay said...

sesungguhnya cinta yang teragung bukanlah terletak pada manusia..tetapi cinta teragung terletak pada allah s.w.t...allah s.w.t sentiasa mencintai hambanya..lihat sahaja berapa banyak rahmat yang dicurahkan kepada kita sebagai hambanya??adakah semua kita mencintai dan mengingatinya??tidak semua hambanya mengingati rahmat dan kesejahteraan hidup yg diberikan pada kita..ingatlah bahawa rahmat allah s.w.t tersangat besar dan kita tidak akan pernah terbalas..yang kita hanya patut lakukan beribadah padanya,ketaqwaan dan keimanan kepada allah s.w.t..

EYQASARA said...

Jay: stuju dgn ckp awak.. (^^)

 
;