Saturday, November 26, 2011

Nasihat Ibu Untuk Tahun Baru

Pejam celik, pejam celik dah masuk 1433 H..Selamat Tahun Baru.. Salam Maal Hijrah. (^^) Alhamdulillah. Sempena tahun baru ni, aku nak bersihkan hati. Muhasabah diri setelah apa yang aku lalui tahun lalu. Aku nak maafkan semua kawan-kawan aku, maafkan pada sesiapa saja yang pernah buat silap pada aku. Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja. Yang jelas, mahupun yang terselindung. 

Mulakan hari baru pada tahun baru ini dengan sesuatu yang baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan, aku juga peroleh kemaafan sekiranya aku melakukan kesalahan yang sedar, mahupun yang tak disegajakan. Sedangkan nabi ampunkan umat. Siapalah aku nak menghukum. Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Setiap insan yang bersalah berhak diberi peluang kedua.

Azam tahun baru aku, nak menjadi seorang hamba Allah yang mukminah. Iaitu seorang muslimah yang sentiasa berusaha untuk perbaiki dirinya dari masa ke semasa. Cuba setiap detik untuk memperbaiki diri aku. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk hadapi masa akan datang. 

*nasihat ibu sempena tahun baru.

InsyaAllah ibu.. Anak ibu bukanlah seorang yang pendendam. Angah redha apa pun yang telah ditetapkan. Angah terima seadaanya. Angah percaya setiap apa yang telah berlaku tu ada hikmahnya. Allah menguji, angah cuba bersabar menjalaninya insyaAllah. Terima kasih ibu..

2 comments:

Jay said...

Salam maalhijrah buat Eyqa..insyallah..allah akan sentiasa memberi kemaafan dan petunjuk pada hambanya yg ikhlas..saya doakan semoga eyqa berjaya dalam menghadapi dugaan hidup ini dan di masa hadapan..semoga allah merahmati hidup eyqa:)

EYQASARA said...

jay: Salam maal hijrah jugak.. terima ksih sudi doakan sy..alhamdulillah.. :)

 
;