Friday, November 25, 2011

Mintalah kepada Allah..

Harap awak boleh tolong saya...
tolong jangan tunggu saya...
tolong jangan jatuh cinta dengan saya...
tolong jangan berharap pada saya...
tolong jangan cuba curi hati saya...
tolong jangan tabur janji manis awak...
tolong jangan buat semua ni...
Selagi awak, tak kenal siapa saya...

awak baru saja kenali saya..hati budi saya yang awak tak pernah tahu. Kata hati awak, saya perempuan yang baik-baik. Awak tahu dari mana? Alhamdulillah bila pandangan awak baik pada saya. Tapi cukup sekadar itu. Saya bukan seperti yang awak gambarkan. Jangan terlalu kagum dengan sesuatu yang awak sendiri tak pasti. Mintalah pada Allah, agar Dia memberikan jawapan. Saya tak tahu. Saya tak boleh berikan jawapan. Maaf, harap awak hormati pendirian dan faham kehendak saya. 


Firman Allah di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

*mintalah pada Allah, kerana permintaan kamu belum tentu aku mampu turuti..

2 comments:

Jay said...

kenalilah dahulu seseorang itu sebelum mengucapkan kata cinta..andai itu takdir allah untuk hambanya pasti takkan kemana sesungguhnya perjalanan hidup kita telah tertulis di dalam loh mahfuz.

EYQASARA said...

Jay: insyaAllah.. terima ksih ingtkan sy... (^^)

 
;