Sunday, November 27, 2011
Ibu pernah berpesan. Pesananan dia tu sampai sekarang aku ingat. Tapi kadang-kadang aku lupa. Sedangkan pesanan itulah yang dia paling nak aku ingat. Supaya aku tak lupa diri. Dia tak suka tengok anak dia tergedik-gedik, perasan, bangga diri. Aku tau tu..


"...apa saja yang kita nak, cermin diri kita dulu...."

Bila aku tengok orang beli benda-benda mahal, aku pun teringin. Nak sangat miliki barang tu. Tapi disebabkan pesanan ibu, aku tak beli. Aku bukan golongan kaya raya. Dengan jumlah duit sebanyak itu, aku boleh beli benda yang lebih bermanfaat. *sekali sekala tak pa la kata ibu..

Bila aku tengok orang hensem, suka je aku nak tengok. Kadang-kadang terasa nak miliki. *gatai nooo.. Teringat kata ibu, aku cepat-cepat buang perasaan tu. Ramai orang yang lagi cantik, kalau setakat muka macam aku, agaknya pandang sebelah mata pun tak kan..?

Bila aku tengok orang yang beragama, hati aku nak sangat memiliki dia sebagai suami. Supaya boleh bimbing aku. Tapi, aku tengok diri aku. Aku tak cukup baik untuk lelaki macam tu. Dia lebih layak dapat yang lebih baik dari aku. Aku perlu raih cinta Allah dulu, baru layak meraih cinta lelaki yang telah memeluk cinta Allah.

Bila aku tengok saudara-mara aku dapat orang yang berpelajaran tinggi. Aku juga menyimpan hasrat untuk memiliki begitu. Tapi, aku sangat sedar diri yang aku ni berlajar pun tahap mana saja kan? Ada hati pula nak orang yang bijak pandai. Memang tak lah! Kena perbaiki diri aku dulu. Baru la boleh berangan nak dapat macam tu. Sedar, aku tak layak pun nak terima tu semua. 

Bila aku tengok orang bahagia, aku perlukan itu juga.. Tapi aku sedar diri, mungkin aku selalu melukakan hati orang atau mungkin hari ini bukan milik aku. Esok lusa, insyaAllah. Allah dah aturkan yang terbaik. Aku cuma perlu bersabar dan menunggu sambil berharap pada Allah agar memberikan aku nikmat itu.

Sebab tu, aku sangat-sangat merendah diri. *walaupun memang sebenarnya aku dah rendah! Sebab tu, aku segan bila ditegur golongan-golongan yang tinggi martabatnya. Bahkan kadang-kadang terasa kerdilnya diri ni. *kerdil? ceh~! ade orang pernah bagi gelaran tu.. seh ngeh leh betul!

8 comments:

Nur'ain said...

sanagt mnarik cik eyka comel heee

EYQASARA said...

Nur'ain: mekasih dear... (^^)

shahrazali said...

emmmm....pesanan ibu adalah yg terbaik utk didengar...

EYQASARA said...

shahrazali: yup.. insyaAllah.. (^^)

Jay said...

pesanan ibu adalah pesanan kebahgiaan kita dunia dan akhirat..walau setinggi mana pelajaran kita,walau setinggi mana darjat kita dan walau setinggi mana jawatan kita,allah tidak akan menilai itu semua..penilaiannya hanyalah keimana,ketaqwaan,amal ibadat,sedekah jariah dan pahala juga dosa.insyallah keberkatan hidup akan kita peroleh di dunia dan akhirat..insyallah:)

EYQASARA said...

jay: InsyaAllah... sy tak lupa pesanan ibu sy.. tme ksih.. :')

Jay said...

sama2 eyqa..tanggungjawab saling ingat meningati antara kita..:)..

EYQASARA said...

JaY: (^^)

 
;