Thursday, November 17, 2011

Allah beri Ujian... Jika Aku Mati...

Hari ini, Allah memberikan aku ujian. Hampir saja menitis air mata ni, sebab dikeji dengan perkataan-perkataan kesat. Aku biarkan saja. Aku menadah telinga mendengar perkataan-perkataan tak baik itu dituju untukku. Aku tersenyum? Yah! memang aku tersenyum. Aku bukan tersenyum gembira kerana mendapat kejian. Tapi aku senyum kerana Allah memberikan aku sesuatu. Aku tahu, Allah rindukan doa-doa kudus dari aku pada waktu malam. Allah rindukan aku untuk munajat padanyaAllah menunjukkan sikap-sikap manusia di dunia. Allah mengingatkan aku tentang mati. YA! TENTANG MATI!

Aku diugut. Untuk dipukul, untuk dihabiskan riwayatku. Aku ingat itu. Malaikat maut mungkin saja sedang mengintai ku di mana-mana. Ya Allah, andai saja nyawaku ditarik dalam masa terdekat ini, aku mohon, biarlah ketika itu aku sedang menuju ke jalan MU. Jalan yang diredhai. Supaya aku mati dalam keadaan yang baik. Aku tak takut untuk mati, tapi aku takut mati dalam keadaan yang tak baik. Aku takut mati luar dari redhanya.

Benarlah, jika sesuatu yang baik itu, bukan mudah untuk didapatkan. Apa yang aku lakukan untuk raih redha Allah. Bukan untuk raih kepercayaan kamu, bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk hipokrit. Segalanya kerana Allah. Bila aku ingin dekatkan diri dengan DIA, banyak ujian yang perlu aku tempuh. Mungkin saja nyawaku terkulai, mungkin saja maruahku tercalar, mungkin saja badanku terlerai. Biarlah.. hanya Allah yang tau niat di hati ini.


Aku kuatkan diri. Aku tabahkan hati. Aku raih ketenangan Ilahi. Rasulullah lebih hebat menerima dugaan. Apa yang aku kena ni apalah sangat. Tapi Rasulullah berjaya. Bermaksud, aku juga tak mustahil untuk berjaya harungi dugaan ini. Hanya perlukan kesabaran yang tinggi dan jangan sekali aku melupakan Penciptaku.

Untuk sahabat, kawan-kawan aku yang aku sayang, terima kasih sebab backup aku. Sentiasa sokong aku. Aku tahu, korang faham sebenarnya aku tengah bersedih. Tapi korang tak putus-putus bagi semangat. Hantar sms, kat facebook, tak cukup, depan-depan lagi. Aku terharu sebab korang tak biarkan aku susah sorang-sorang. Terima kasih kawan.

p/s! kalau jadi apa-apa kat aku, korang tau kan sebabnya.. -.-"

6 comments:

Anonymous said...

U make me cry. :( aaauuuuwww! Setiap manusia diuji pelbagai cara kan? Aku juga pernah sahaja kena begini. Sbr lah kwn. Ada masa kita, ada masa org lain. Aku percaya setiap yg terjadi ada hikmah. Diam bukan bererti kalah tp tidak mahu megeruhkan keadaan. :) later we borak2 at ur room ehhhh! Hahaha. :)) I nk biar u all tenangkan fikiran. Eceeeehhhh! Gedikksss tak I? Hahaaaa. Bila kakak aku nk byr bill, already miss blogging also! Huh. Nak hupdate bloggg.

EYQASARA said...

Anon: mekasih.. aku rse aku tau sape kau.. hihi.. insyaAllah.. aku msih bersabar... dan akan terus bersabar...

mek, suh kakak ko bayar cpt... aku rindu kata pedas ko dalam blog.. hihihi... :P

RENUNGKANLAH said...

RENUNGKANLAH harap Cik Pena Eyqasara dapat bersabar.... Mungkin ada hikmah disebalik ape yg telah terjadi.... Erm..... berdoa la ye byk2.... agak org tu dilembutkan hatinya untuk berubah..... dan berdoalah.... supaya Cik eyqa akan terus dpt bersabar dengan ujian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.... Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lg Maha Mengetahui.... Wallahu'Alam... k... I hope you can be strong Cik Pena Eyqasara... =)

EYQASARA said...

Renungkanlah: InsyaAllah.. harap2 mereka dpt hidayah daripadanya.. Amin.. (^^)

Jay said...

subhanallah...sesungguhnya allah sentiasa menguji hambanya yg ikhlas untuk kejalannya..dugaan ini lah yang pasti akan dilalui setiap insan yang menuju ke jalannya.kesabaran keimanan dan ketaqwaan adalah penangkis segala dugaan ini untuk mencapai redhanya..semoga eyqa berhasil untuk mencapai keredhaan allah s.w.t..insyallah...

EYQASARA said...

Jay: insyaAllah... harap2 dpt keredhaan tu.. AMIN.. (^^)

 
;