Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku diherdik sewaktu kecil dulu..
Sebab aku tahu aku salah..
Tapi aku tak marahkan mereka..
Kerana mereka mengajar aku erti salah dan betul..
Kadang-kadang aku diam...
Walaupun orang membuli aku sewaktu di sekolah..
Sebab aku tahu aku insan lemah..
Tapi aku tak kisahkan itu..
Kerana tak berkulat pun aku walau dibuli..
Kadang-kadang aku diam...
Walaupun cikgu di sekolah menengah pulaukan aku..
Sebab aku tahu dia ada sejarah mendorong dirinya buat begitu..
Tapi aku tak bersuara..
Kerana takut ilmunya langsung tak berkat padaku..
Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku menjadi bahan untuk diusik..
Sebab aku tahu sekiranya aku pergi aku akan dirindui...
Tapi aku sekadar tersenyum..
Kerana tak mahu mereka lebih giat lagi mengusik..
Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku dikutuk dan dikata oleh rakanku..
Sebab aku tahu ia telah menjadi adat bila di IPTA..
Tapi aku tak endah...
Kerana aku sedar, mereka yang menilai aku...
Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku difitnah dan dimaki oleh orang yang pernah rapat denganku...
Sebab aku tahu suatu hari nanti kebenaran terungkap dan dia akan sedar..
Tapi aku tak membalas segala perbuatannya..
Kerana aku takut..Takut kesabaranku hilang...
Kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku ditekan semahu-mahunya oleh mereka...
Sebab aku mahu mereka melepaskan segalanya...
Tapi aku tak pernah mahu bersuara...
Kerana aku tahu Allah sentiasa ada dengan diriku..
kadang-kadang aku diam...
Walaupun aku tahu mereka mempertikaikan kelakuanku..
Sebab aku tahu aku menjaga tingkah ku kerana Allah...
Tapi aku tak terdetik untuk membalas..
Kerana aku lakukan bukan kerana menjaga mata mereka..
Tetapi kerana PENCIPTAKU yang satu itu..
Kadang-kadang aku terfikir...
Apa agaknya terjadi sekiranya aku bersuara?
Apa agaknya corak gambaran sekiranya aku melawan?
Apa agaknya perspektif yang ku bawa sekiranya aku melenting?
Akhirnya terjawab bila hamba Allah bersuara bahawa...
Berdiam diri lebih baik. Allah menguji kesabaran kita umatNYA yang terpilih.
Dugaan itu jangan dirasakan berat. Rasakan sebagai ianya hadiah Allah..
Yang sebenar-benarnya mahukan kita lebih dekat dengan DIA..
Ya Allah..aku adalah insan yang benar-benar lemah dan hanya berlindung padaMU..
;
4 comments:
Berdiam Diri tidak semestinya salah, dan berdiam diri itu lebih baik kerna kita terpelihara dari pada menyakiti hati orang lain...
Dan hadis pun ada mengatakan :
“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
Renungkanlah: trima ksh.. hujah yg sgt kuat utk menyokong entry eyqa.. tQ..~~ :)
Welcome.... Kekadang pun Renungkanlah ada rase mcm tu gak.... TP ape gune kita melawan.. bahkan kita tahu ia menjadi lebih buruk..... So lebih baik berdiam kan.... =)
Renungkanlah: ur right.. thanks.. :)
Post a Comment