Tuesday, August 23, 2011

Simbolik Manusia

Berbual-bual elokla disisipkan dengan ilmu. Biar apa yang kita cakap tu tak menjadi sia-sia dan membawa kemungkaran. Sesi perbincangan bersama "doktor" *ehem! tetiba rase tekak lain macam...telah memberikan aku pelbagai ilmu. Apa ilmu yang aku dapat? Sabarrrr..aku nak share la ni.. Ni pun buah fikiran dari Dr.Love tentang entry-entry yang nak dipostkan ni. Thanks ye.. ARM..

Beliau membuka mata aku dalam banyak hal. *perbincangan serius kononnye..lalala.. tertarik dengan ayat beliau mengatakan bahawa "simbolik seorang manusia" kenapa manusia dijadikan bermula dari atas iaitu dalam kepala kita ada otak, kemudian mata dan telinga, diikuti dengan mulut, bahu, tangan, seterusnya sampailah ke hujung kaki. Semuanya bersebab dan ciptaan Allah itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Seperti yang saya cakap selalu, pertemuan apa sekalipun ianya membawa erti serta melengkapi satu sama lain sebenarnya. 

Akal Allah letakkan paling atas kerana setiap apa sekalipun yang ingin kita lakukan perlulah berfikir terlebih dahulu ye..tamo main terjah je..padahnye? Tu haaa yang sakit hati, lebih teruk badan-badan pun sakit nak lagi teruk otak pun sakit. *tu aku tak leh nak kate ape la kan?

Barulah dia mencipta mata dan telinga. Mata dicipta untuk melihat kurniaan Tuhan yang amat mengagumkan. Bukannya tengok, kemudian mengata..mengeji..salah tu..kita perlu ucapkan "subhanallah" kerana keindahan yang tercipta. Ni tak...tengok orang tu tengok orang ni..mulut kalau diam tak pe..tapi cakap "eewww tengok muke dia macam si polan, si polan.." "oouuhhh tak cantiknye aweks ni..." "hodohnye budak ni..ada hati nak senyum-senyum.." "erk? not my taste.." hhhmmm... yang memuji pulak? "cantiknye awk..produk ape awk pakai???" lebih gerun bila soalan.. "waaa tengangnye muka dia...ni mesti cucuk botox ni..." tu lah kebiasaannya bila mata memerhati tetapi lupa ciptaan itu dari siapa..Apa pun komplain...minah ni muke senget ke..hidung kembang ke..mata sepet ke..semuanya ciptaan Allah. Melainkan si dia benar-benar merubah ciptaannya. *tengok balik! mak aiii panjangnya.. 

Telinga pulak untuk mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dilaungkan contoh azan..bukan tu aje..elok la dengar benda-benda yang baik. Seperti ceramah agama, tadarus ke...muzik? tu korang boleh fikir sendiri. Berpada bila mendengar lagu. Tak salah. Aku pun dengar lagu. Tapi berpada. Kadang-kadang sibuk dok menyanyi lagu ntah ape-ape yang aku pun kurang jelas maksudnya,bila dikaji rupa-rupanya berunsur pemujaan, syaitan dan macam-macam lagi. So? beware..!

Hidung? tak banyak nak describe sebab semua orang tahu fungsi hidung tu ape. Sekarang ni nak cerita tentang mulut. "wah senah..ko gini gini..yang kiah tu gitu gitu.." *nampak disana? ahaaa.. tak ketinggalan untuk lelaki ye. Lelaki pun kalau dapat mengutuk kadang-kadang lebih teruk dari perempuan. Tak percaya? Ada entry sebelum ni aku buat. Cari yek...

Nak cerita panjang sangat. Korang pun nak tak nak je baca kan? Selebihnya korang boleh fikir kenapa Allah jadikan bahu, tangan, kaki..cuma yang boleh aku cakap, tujuan dan matlamatnya sama iaitu saling melengkapi satu sama lain. Pesanan untuk anda.. bersihkan jiwa dari kekotoran. Nak lihat baik dan buruk perilaku seseorang itu adalah melalui solatnya. Baik solatnya, baik lah tingkah lakunya. 

Pesanan lain, apabila orang memohon maaf, maafkan lah..jangan berat hati untuk memaafkan walau sebesar mana pun kesilapan. Kerana kita tak tahu bagaimana pula orang yang tidak mahu untuk memaafkan kita. Jaga mulut, jaga hati, jaga mata...jaga segalanya. Gunakan sebaik-baik kurniaanNYA kerana kita tidak tahu bila-bila saja nikmat itu akan ditarik. Atas sebab ape? Wallahualam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. "

4 comments:

Nur anisa =)) said...

nice post..sokong 100% =))

Asyiqin Haulisah said...

woh, thanks for sharing, baru saya tahu. :)

EYQASARA said...

Nur Anisa: Time kasih nisa.. :) hihihi...

EYQASARA said...

Si Nuansa Eyqin: ur welcome my dear.. :)

 
;