Thursday, August 25, 2011

Ucapan Bila Menjelang Raye Nanti..

Assalamualaikum. Mukadimah yang indah untuk pagi ni. Sunyi je rase. Kalau tak, bilik aku meriah dengan gelagat-gelagat kawan-kawan aku sememangnye sewel jugak macam aku. Riuh rendah sampaikan bila orang lalu bilik kami ingatkan macam 10 orang kat bilik. Sedangkan kami berempat je pun. Sekarang ni, dah kurang sorang, sorang dari geng aku cabut balik.. Hadoi.. miss u lah dear kiah, gayah, senah, joyah..Mulut korang memang patut aku dilebel macam tu. Macam mak-mak bila dapat bercakap. ngee~ *mati aku kene lepuk ngan dorang nanti nieh!

Ok..Ok..Aku mintak maaf ye kengkawan sekiranya kadang-kadang kenakalan ini keterlaluan. Aku tau kadang-kadang korang rase nak cekik je aku kan? hikhikhik... Banyak kesilapan yang aku dah buat. Tapi sempena hari yang mulia ni, nak minta maaf dari semua pihak sekiranya ada perilaku ni yang tak menyenangkan hati korang semua.


Untuk yang lain..sekiranya ade entry aku yang terkesan kat hati tu..mintak maaf banyak-banyak. Kadang-kadang tersasul, terluah secara melampau, termarah..aish! banyak sangat perkataan "ter" tu...yang pasti tak disengajakan. 


Aku tak tahu bila masa aku akan pergi. Aku memang nak minta maaf. Kot-kot ni entry terakhir ke kan? Tapi kalau Allah masih memberi kesempatan, insyaAllah, muncul la entry-entry lepas raya bila aku dah balik nanti.. hihihi...


Dengan itu sy akhiri dgn ucapan SELAMAT HARI RAYE...!

No comments:

 
;