Walaupun diberi pilihan yang banyak, hati selalu saja salah memilih, salah menilai. Adakah kerana terlalu inginkan yang terbaik, kesilapan selalu dilakukan? Aku selalu mendambakan yang terbaik dari yang terbaik. Seringkali juga aku dengar perkataan "demand" yang ditujukan pada aku. HUH~! sebal aku dengar ayat tu. Siapa yang tak mahu dapat yang terbaik dari yang terbaik? Cuba tanya dalam diri kamu, setelah kamu dapat yang terbaik, adakah kamu ingin melepaskan sebegitu saja? Hasrat, ada ke yang hanya menyimpan hasrat mahu yang biasa-biasa saja?
Sebagai contoh, andai diberi pilihan. Pensyarah izinkan kamu meletakkan markah sendiri pada test yang kamu ikuti. Tanpa ada sebarang bantahan dari beliau. Adakah kamu masih ingin letak markah yang biasa-biasa saja? Tak bukan? Peluang hanya datang sekali sahaja. Bila lagi akan datang peluang yang sedemikan sekiranya kamu hanya inginkan "biasa-biasa" sahaja dalam hidup kamu.
Begitu juga aku. Aku inginkan yang terbaik dalam hidup aku. Aku membebel sorang-sorang aku mahukan "macam ni, macam tu" semuanya adalah perancangan untuk hidup aku. Perancangan hidup mestilah terbaik right? Ada pula suara sumbang yang berbunyi "alaaa..kita nak demand lebih-lebih ingat la apa yang ada sangat dalam hidup kita nak dapat macam tu..." huh~! berasap je dengar kan? Senang je jawapan yang aku berikan. "Kalau dah tahu diri tu tak lengkap, cari la pelengkapnya..bukan hanya dibiar kosong dan lompong..."
Tapi ingatlah. Apa yang terbaik bagi kita tak semestinya akan memberi sinaran untuk kehidupan kita, dan yang buruk itu tak semestinya akan memusnahkan masa depan kita. Redha dengan ketentuan-NYA. Kalau awalnya dimulakan dengan kegembiraan, tak semestinya pengakhirannya juga bahagia.
Seringkali aku takut untuk berhadapan dengan hari esok jika hari ini aku bahagia. Kerana aku yakin, bahagia itu tak lama. Tak kekal. Apa yang ditakuti kini berlaku. Selari dengan perasaan aku. Sekarang ni menulis dengan mood yang masih bersedih sebenarnya. Andai kamu tahu apa yang ada dalam hati ini, mungkin kamu akan bersama-sama merenung ke langit dan berharap sinaran akan menerangi aku semula. Sesungguhnya aku hanya ada DIA untuk mengadu nasib dan berharap semuanya kembali normal.
Aku tak minta bahagia andai pengakhirannya derita. Aku tak minta bertemu andai akhirnya disakiti. Aku tak minta senyuman andai akhirnya air mata yang mengalir. Sesungguhnya hati itu terlalu banyak yang tersirat untuk digambarkan.
*yang terindah itu hanyalah kenangan
6 comments:
suka entry ni. gila gila.
kura: trima kasih... :)
tapi kan..ramai pompuan bila dah dapat yg terbaik..deorang dok pikir deorang tak layak..last2 rejek jgk laki tu..member aku ramai kena..
JIJI YU: mmg btul.. kdg2 sy pun pernah tfikir mcm tu.. tp klu lelaki tu bersungguh sy trima je.. hihihihi...
hurmmm..kalau pasal pilihan hidup, susah nak cakap.huhu.. sendiri baru putus cinta. Huwaaaaa T_T
Sophie Al-Yahya: yeke...? aduuhh.. mmg susah nak ckp... huhuhu... same2 la berdoa msih ade yang sudi dan yang takkan tgalkan kita lg... :')
Post a Comment