Sunday, September 11, 2011

Bila Bangsa melayu Menuding Jari

Rasanya hati ni aku mahu berkongsi apa yang selama ini aku lihat dari mata kasar aku. Dengan satu situasi, situasi yang rasanya sudah jadi satu kebiasaan ataupun satu budaya yang rasanya mungkin akan jadi satu ikutan dalam masyarakat kita. Bila sebut orang Melayu semua orang bangga jadi orang Melayu bangga dengan adatnya, bangga dengan makananya, bangga dengan percakapannya, tapi pernah tak kita sebagai orang melayu terfikir apa sebenarnya kecatatan ataupun kekurangan yang masih lagi ada dalam hidup kita sebagai orang Melayu dan yang boleh kita bandingkan dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina.



Setuju atau tidak mengikut peratusan bangsa Cina lebih ramai yang berjaya dari bangsa kita dan setuju atau tidak bangsa Cina kurang ada perbalahan kurang ada pertelingkahan sesama mereka berbanding dengan bangsa kita yang setiap harinya ada berlakunya perselisihan faham percakapan mahupun perbuatan secara sengaja ataupun sebaliknya. Tahu tak kenapa aku terfikir sampai ke tahap ini? Kadangkala aku jadi pelik apa bezanya bangsa Cina dengan bangsa Melayu sedangkan mereka ini semuanya tetap manusia yang sama ada hati dan perasaan, ada mata dan telinga apalagi akal yang dikurniakan sebagai perantaran dalam membuat  pilihan sama ada ya atau tidak mahu atau tidak mahu berjaya atau gagal kiri atau kanan dan sebagainya.


Cuba kita lihat, apa yang boleh saya ceritakan di antara bangsa Melayu dan bangsa Cina . Mereka seperti permainan lama (dam dan catur) dan bila kita lihat perkataan dam ini terlalu sinonom dalam bangsa kita. Begitulah permainan catur kebiasaannya dimainkan oleh bangsa cina di mana kebenaran kisah yang mahu saya sampaikan dari kisah ini. Bagaimana permainan dam?  permainan dam sentiasa bergerak maju kehadapan tapi lagaknya cuba menindas orang lain demi mencapai sesuatu hajatnya. Begitulah orang melayu jika mahu berjaya terutamanya dalam mengejar kekayaan, kesenangan, kemewahan tidak kira siapa sahaja di bawahnya, dan tidak kira sesiapa saja di depannya termasuklah bangsanya sendiri pasti akan dilangkahnya/ditindas demi mencapai maksud mereka. Bayangkan haruskah demi sesuatu kepentingan peribadi kita sanggup menganiaya dan sanggup menindas orang yang cuba bersaing atau dalam erti kata yang lain mencari rezeki di dalam kawasan yang sama. Apa itu catur? dan apa persamaan cerita yang kita ceritakan tadi. Cuba kita lihat pada bangsa Cina. Bangsa mereka tingkah lakunya tidak ubah seperti bermain catur walaupun misi mereka sama seperti bangsa kita tetapi mereka tidak pernah menindas malah bergerak bersama-sama dalam mengejar satu misi. Sama seperti bangsa kita kesenangan, kekayaan, kemewahan. 

Kesimpulannya sampai bila kita mahu jadi sebegini? Sampai bila kita mahu jadikan ia sebagai satu tradisisi? Sedangkan kita patutnya bersama-sama mengembling tenaga dalam satu kata sentiasa saling bantu-membantu sesama kita dalam mencipta sesuatu kejayaan. Ingatlah bangsa kita tetap bangsa Melayu. Tidak ada lain selain dari Melayu tapi lihatlah apa yang sudah berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin 10, 20, tahun yang sudah mungkin bagi mereka-mereka yang terdahulu dianggap sebagai satu persaingan yang bersifat sementara. Tapi percaya atau tidak jika kita tidak endahkan atau kita mengabaikan senario sebengini, kisah ini akan menjadi satu budaya dan akan menjadi satu ikutan dalam hasutan kepada anak2 kita di masa hadapan dalam menghancurkan bangsa melayu itu sendiri. Sampai bila kita mahu menuding jari? Mencari setiap inci kesalahan orang lain sedangkan kita tidak bersedia mengubah diri kita sendiri. Inilah yang patut kita bimbangkan jangan kerana satu paku yang bengkok, rumah itu kita robohkan. Fikir-fikirkan.

*sampai bila kita mahu hidup saling menuding jari
*credit 4 AR-Mujahid aka drlove.. terima kasih sebab 100% idea dari beliau.. :)
*credit 4 Mr.G

4 comments:

Nizam said...

betul tu eyqa..
kalau kita lihat sekarang memang jelas bangsa melayu selalu bergaduh antara satu sama lain..sepatutnya mereka bekerjasama memajukan bangsa dan negara yang tercinta ni..
ni lain pula jadinya...
itu baru kita tengok dari satu sudut...
belum lagi dari sudut politik yang penuh propaganda dan adengan tersendiri...yang pelik, bertelagah sesama kita menjatuhkan sesama kita..

Unknown said...

awww kamu sangat berfikiran matang..i like =)

EYQASARA said...

Nizam: yup..spatutnye kita bersatu... tp lain pulak jadinye... tak habis2 menuding jari pada org lain....

EYQASARA said...

Finaz Jaafar: hihihi.. idea dari blogger lain.. ade link yang disediakan kat bawah entry.. thnks 4 drlove.. :)

 
;