Sunday, September 18, 2011

Cara Memilih Pasangan

"SAYANG". Mudahnya mengungkap sayang. Sayang hanya kerana ambil hati atau benar-benar sayang. Kadangkala aku tak faham kenapa ada manusia yang mudahnya mengungkapkan sayang, tapi pada akhirnya mudah sungguh mengalih perasaan pada orang lain. Benarlah apa yang dikata, "jangan terlalu sayang kerana satu hari nanti kita akan membencinya, dan jangan pula terlalu membenci kerana bimbang satu hari nanti kita akan terlalu menyayanginya". Biasa didengarkan? Biasa juga jumpa situasi di atas.

Selalunya manusia ini, selagi belum dapat, dikejar sehingga hujung dunia. Tapi bila dah memperolehinya, dijaga acuh tak acuh, endah tak endah. Alasannya "dia sudah menjadi milikku..apa lagi yang mahu ditakutkan?" huh~! mudahnya dia berkata. Ego terlalu tinggi melangit. Merasakan diri mampu mencari yang lebih baik dan bisa mendapatkan dengan hanya memetik jari. Pada hakikatnya? Anda sudah terlepas sesuatu yang mungkin berharga. Amati kisah ini. Seorang pelajar yang bernama Amri dan seorang cikgu yang bernama Anisah.

"Cikgu, adakah mudah untuk kita bertemu dengan seseorang yang baik, cantik, menarik untuk dibuat teman sepanjang hidup?" seorang pelajar lelaki bertanya kepada Cikgu Anisah. Cikgu itu tersenyum lalu bertanya.

"apakah tujuan kamu untuk mengetahui ini semua?"

"saya ingin pastikan saya akan mendapat seseorang yang sempurna di mata saya untuk dijadikan teman sehidup semati nanti." Amri menjawab dengan bersungguh-sungguh.

Cikgu Anisah tersenyum. Baginya bukan mudah untuk memberi fahaman sebegini kepada insan yang masih bergelar pelajar. Lantas Cikgu Anisah memberikan arahan dan tugasan kepada Amri.

"kamu pergi ke padang sekolah, carilah hanya satu bunga lalang yang paling cantik dan sempurna dipandangan matamu dan bawa ke mari. Tapi ingat, sekiranya kamu sudah melangkah, jangan kamu berundur atau berpatah balik. Teruskan perjalanan sekiranya kamu masih belum jumpa yang sesuai." kata Cikgu Anisah.

Amri mengangguk tanda faham dan terus bergerak menuju ke padang sekolah untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan.

Hampir setengah jam kemudian, pelajar itu masuk ke kelas semula lantas berjumpa dengan Cikgu Anisah. Cikgu tersebut hanya memandang pelajarnya itu yang pulang dengan tangan kosong. Cikgu Anisah bertanya.

"Kenapa kamu pulang dengan tangan kosong? Mana bunganya?"

"Cikgu kata, cari bunga lalang yang paling cantik. Saya sudah jumpa pada awalnya tetapi saya yakin akan berjumpa bunga lalang yang lebih cantik sekiranya saya terus melangkah kehadapan. Tapi, sehingga hujung padang sekolah, saya sudah tidak jumpa bunga lalang yang cantik seperti yang saya jumpa pada mulanya. Cikgu juga berpesan tidak boleh mengundur dan berpatah balik. Jadi, bunganya saya tak dapat bawa pulang seperti yang diminta." Panjang lebar Amri menjelaskan keadaannya.

Cikgu Anisah mendengar dengan senyuman. Akhirnya dia telah dapat mengajar Amri dengan cara yang mudah.

"Begitulah sukarnya kita mencari pasangan. Sekiranya kita dah bertemu yang baik, yang cantik, janganlah dipersiakan dirinya. Kerana belum tentu pada masa akan datang kita akan jumpa yang baik seperti ini lagi. Untuk berpatah balik ia bukanlah mustahil. Tetapi harapannya sangat tipis.." Cikgu Anisah menerangkan kepada Amri lembut.

Amri menunduk dan merenung lantai. Dia mula faham apa yang ingin disampaikan oleh gurunya. Benarlah, sekiranya kita sudah bertemu yang baik, sekiranya kita terlepas akibat dari perasaan tamak, untuk memperolehinya semula sangat tipis harapannya. 

*sayangilah dia tulus seperti mana dia tulus menyayangi mu..

2 comments:

Unknown said...

jgn dok mngharapkan yang sempurna

EYQASARA said...

JIJI YU: betul tu... cukup lah sudah sempurna di mata kita.. tak payah la nak lebih2 sgt kan..dah dpt yg baik nak lebih baik..sudahnya semua terlepas... huhu...

 
;