Assalamualaikum. Menaip dengan mood yang baik hari ini. Tak da sedih-sedih, tetapi dengan penuh semangat. Alhamdulillah setelah agak down untuk 2 ke 3 hari, hari ni aku bangun semula dengan semangat yang bersisa itu kerana Allah Taala serta keluarga aku. Terima kasih kepada rakan yang sudi memberi semangat kepada aku. I love u guys sooooo much! Thank you for all the support. :)
Kalau dilihat dari segi post-post aku yang sebelum ni banyak sangat membicarakan tentang hati. Tak bawa ke mana hati kita sekiranya cinta kita tak kukuh pada yang SATU. Itu yang aku fikir sekarang. Kalau la hati tak kuat, itulah penyebab ada yang sanggup mengambil nyawa sendiri. Hati masih tak kukuh pada Penciptanya. Sepatutnya kita muhasabah diri. Redha apa saja dugaan yang diberikan.
Cinta manusia pada manusia kebiasaanya terbatas. Selalunya bermula dengan pertemuan, perkenalan, perhubungan, percintaan, perhubungan, perkahwinan, persengketaan dan akhirnya dengan perpisahan. Lebih sedih bila alam perkahwinan pun tak sempat dijejaki. Lihatlah cinta manusia, mana sekalipun halanya ia tetap berakhir dengan perpisahan. Berbanding dengan cinta kita dengan Allah Taala yang membawa ke akhirnya yang tiada penghujung.
''CARILAH HATI MU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN . JIKA KAU TIDAK TEMUI , CARILAH HATI MU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT , JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATI MU KETIKA DUDUK BERTAKAFUR MENGINGATI MATI . JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA , BERDOALAH KEPADA ALLAH PINTA HATI YANG BARU''
Ruginya menjadi manusia yang tidak memperoleh cinta daripadaNYA yang kekal abadi. Bagaimana ingin mendapatkan cinta yang abadi itu? Caranya dengan menjaga amalan kita. '' KUALITI AMALAN MENENTUKAN KUALITI HATI''. Dengan amalan dapat melembutkan hati, dengan amalan dapat membuang segala kekotoran dalam hati.
Amalan itu ada banyak iaitu amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan ALLAH dimana kita perlu bermujahadah iaitu berlawan dengan nafsu sendiri dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yg dilarang. Tentukanlah jadual kita beramal dengan bertanyakan pada hati "Amalan apakah yang ingin aku persembahkan kepada tuhanku hari ini?"
Amalan sunat sebenarnya menguatkan lagi hati kita pada ILAHI. Solat 5 waktu itu wajib pada setiap hari. Maka, ianya sepatut menjadi kebiasaan dan fitrah sebagai umat Islam. Jadi, lakukan pula perkara yang istimewa seperti perkara-perkara sunat contohnya solat sunat, puasa sunat, berzikir dan sebagainya untuk membuktikan kita ikhlas dan membalas cintanya.
*apa-apa sekalipun, lakukan yang wajib terlebih dahulu kemudian yang sunat.
*melakukan yang sunat tanpa melaksanakan yang wajib ibarat bersolat tanpa wuduk.
*thanks to Siti Aiaishah. I am proud of u my dear.. thank u sooooo much! love u...
10 comments:
Cinta pada Ilahi tu lebih indah :) ♥
Azam: ur right.. insyaAllah.. mudah2an lepasni jumpa insan yg benar.. :)
Blog MTT: betul tu.. tak da yg paling indah selain dari cinta pada Ilahi.. :)
''CARILAH HATI MU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN . JIKA KAU TIDAK TEMUI , CARILAH HATI MU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT , JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATI MU KETIKA DUDUK BERTAKAFUR MENGINGATI MATI . JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA , BERDOALAH KEPADA ALLAH PINTA HATI YANG BARU''
aku tersentuh dgn kata2 ni..
JIJI YU: itu yg seharusnya.... :')
alhamdulillah... jika kita redha pada Allah...cinta manusia takkan buat kita kecewa... :)
InsyaAllah kak sunah... :) trima ksih...
pedal lagi sedap dari hati.seyes
Un Phat Lee: yeke? sy tak mkn hati laaa.. tak tau ape rase... hihihi... :)
RENUNGKANLAH Ada satu artikel untuk Cik Pena Eyqasara... Harap dapat membantu :)
Post a Comment