Friday, April 29, 2011 5 comments

WATIKAH TERAKHIR CIK EYQASARA

DEMI ALLAH aku sayang sangat nak tutup blog ni.. tapi apekan daya aku... aku cuma insan lemah... *uih! tak bley blah!* tapi betul laaa.. disebabkan aku berblog aku di tuduh dengan gelaran-gelaran yang kurang baik. Aku nak tutup..tapi aku tak tahu.. jalannya adalah aku membiarkan blog ini sepi, dan bersawang... ada "penunggu" tak kalau aku tinggalkan? hihihi... tengok! aku masih mahu berlawak... tak..maksud aku, ada tak blogger or silent reader yang menunggu? aku masih mahu berblog...tapi aku tak mahu dicaci... cukup laaa.... Sakit hati aku ni...

Mungkin senang bila orang berkata biarkan...tetapi bagaimana orang yang sebelum ni betul-betul menyokong setiap apa sahaja di blog ini, dia yang mencaci mengata kita? ape perasaan? hhhmmm.. adakah benar kata dia yang aku lupa diri bila mula berblog??

Terima kasih semua followers. Kenangan aku dengan blog ini aku tak pernah lupa. Hanya Allah yang tahu kepuasan aku berblog dan berjumpa semua. I want more... but i can't...

Guys!! kalau ada gathering, kalau sudi, jemput la eyqa eak! i will miss u all... Salam sayang kepada semua followers... (PENA CIK EYQASARA)

*Jam: 16:50
*Jumaat
*29 April 2011
*Sekian
Thursday, April 28, 2011 26 comments

MAAF BLOG INI AKAN DITUTUP TERUS!

Subhanallah.. aku tak penah rase macam ni.. aku tak penah kene hina macam ni rupe.. terase longlai badan aku. Aku tak pernah jangka benda ni akan berlaku. Aku terharu sebab warga Penerbit tempat aku berkerja sangat mengalu-alukan aku untuk stay kat situ, tapi aku rase sedih..tak semua orang suka kita.. ada insan yang sangat mahukan aku berambus dari UPSI....

Okey, tepat pukul 5 pm aku akan keluar dari UPSI ni dan aku takkan jejakkan kaki lagi kat tempat ni. Dan aku jugak akan keluar dari sini. Aku takkan duduk dekat area rumah aku lagi. Aku akan pergi jauh dari hidup "kamu" yang mahukan aku beredar cepat. Maafkan aku andai perilaku aku sangat menjengkelkan hati kamu.

All bloggers...minta maaf.. riwayat blog aku akan aku tamatkan. Andai kata dari blog ini timbulnya fitnah, aku akan tutup blog ini. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak mahu nak tutup tapi aku perlu tutup blog ini. Aku sayang blog ni macam aku sayang diri aku. Tapi aku dah tak mampu berblog. Ini bukan saja nak buat gempak tapi aku betul-betul akan tutup.

Aku tak sanggup kene maki, cemuh aku sebagai "perempuan gedik!" "perempuan gatal"...ntah ape lagi yang keluar lepas ni. All newbies yang minta aku ajar berblog, minta maaf eyqa tak dapat nak penuhi kehendak anda. Pasal banner yang ditempah eyqa try wat. Dan email sj kat blog korang. Aku pasti akan rindukan blog ni.

untuk awak...saya tau saya bukan perempuan baik untuk awak.. awak kate saya gedik.. awak kata saya perempuan gatal.. awak menyampah tengok saya..awak nak saya berambus dari hidup awak.. awak terguris dengan saya, saya minta maaf. Saya takkan muncul depan awak lagi. Semua barang awak saya akan pulangkan segera. Terima kasih sebab pernah menyokong saya. Dan sekarang awak buat saya jatuh. Thanks! penghargaan besar untuk awak. Saya sedar sape saya untuk awak yang baik. Lelaki baik untuk perempuan baik. DENGAR SEMUA LELAKI, TAK PERLU NAK MENGORAT SAYA SEBAB SAYA BUKANLAH PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK AWAK SEMUA!.

*eyqa minta maaf guys.. :'(
*ada sesiapa tahu macam mana nak close blog?
4 comments

Tips Untuk Blogger Newbie

Aku masih baru dalam berblog ni. Tapi baru-baru aku, ade yang lebih baru. Ade yang ingatkan aku dah lama berblog. Tapi untuk pengetahuan, aku still newbie lagi.. masih perlu berguru. Guru aku sape? tu dia boleh tengok kat bloglist "dia berpengalaman".. kebanyakan mereka amat membantu aku. Okey, cukup kat situ..

Ada yang tanya macam mana nak ade followers ramai, macam mana nak bagi blog cantik, macam mana nak bagi blog dikunjungi ramai, macam mana nak tarik pembaca. Seriusnya aku masih belajar bab ni. Tapi untuk berkongsi pengalaman, insyaAllah boleh..tapi tak la sebanyak mereka yang dah bertahun berblog. Blog aku ni setahun pun tak cecah. Baru 9 bulan. Kalau orang mengandung baru nak bersalin. hihihi.. meleret dah!

Tips yang boleh aku kongsi...
  1. Rajin-rajin menjengah blogger lain serta meninggalkan jejak dengan Blogwalking.
  2. Blog anda jangan berat ok. Buang widget2 yang boleh beratkan blog anda.
  3. Susun atur blog biar kemas jangan serabut. Warna jangan terlalu terang boleh wat orang juling.
  4. Gaya penulisan tu..kalau boleh tulis sebijik sebijan yang BOLEH PAHAM. bukan *dewmam, pewnink,  shayunk, lebyiuw,.. dah rase masuk tadika belajar mengeja u.. hihih..
  5. Kalau nak letak lagu, kalau boleh biar lagu yang slow je.. jangan korang tibai rock kapak tu ok.. terkejut orang kang trus innalillah.. kan dah arwah tu.. 
  6. Mudahkan orang untuk comment. Buat pop-up window sebab line berukband bukan selalu ok ye.
  7. Tutup words "verification".. kalau tak faham tulisan utk OKU tu.. lambat. Kalau salah taip dia suh wat yang baru. Mase tu, tau laaa.. azab lambat, trus tekan button merah hujung. Nak? 
  8. Pastikan blog anda ade letak link ye..supaya orang mudah jejak anda bila anda follow orang lain. Ade yang tak letak, yang ade cuma blog yang dia follow panjang berjela tu..
  9. Kalau boleh, jangan letak "content warning" sebab buang masa dan menyusahkan orang nak masuk. Loading sampai 5-10 minit. Masa dah terbuang..
  10. Last, jangan sombong dan jangan guna perkataan "i follow u, follow me back" memang kene sumpah seranah dengan blogger lain. Maaf, sememangnya ramai blogger yang tak suka dengan perkataan tu.
Wat masa ni tu dulu. Khas untuk yang baru je buat blog. Ataupun yang masih tak tahu. Ramai yang dah lama berblog, tapi ramai jugak yang tak tahu benda ni. Percayalah. hhhmmm.. selamat berblogging!

*bukan nak tunjuk pandai. Sekadar memberi info kepada mereka yang tak tahu.
24 comments

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER




Secara umumnya dulu eyqa just nak buat suka-suki je blog ni. 
Lama jugak mengambil masa untuk cari arah tuju blog eyqa sebenarnya. 
Setelah berbulan-bulan berblog, eyqa mula temui minat dan banyak menjuruskan blog eyqa 
kepada rekaan banner. Secara suka rela menawarkan diri untuk buat header 
blog orang *percuma* walaupun tahu tak sencantik mane. 
Header yang telah didesign automatik menjadi koleksi header eyqa . 
Baru lagi bermula. Setakat ni baru beberapa orang yang telah eyqa design kan header mereka.

*siap! hihihi..
 
;