Tuesday, July 26, 2011 2 comments

Dilema Seorang Blogger

Macam-macam kerenah! Ada blogger yang tak dikenali memberi link pada aku...ada blogger yang tak mengumumkan pemenang contest. Aduhai.. macam-macam. Yang nak baca boleh tekan SINI thanks pada yang share.. nak jenguk balik blog beliau tak lepas pulak.

Sekarang ni kepada pemenang contest eyqa yang lelaki tu eyqa tak dapat feedback lagi dari anda. Seperti yang diberitahu, eyqa dah lost butiran yang anda hantar pada email dulu atas sebab-sebab tertentu. Pemenang yang lain dah menerima hadiah masing-masing dah. So, diharap sekiranya anda inginkan hadiah anda, tolong la hantarkan butiran secepat mungkin ye. Hadiah tu dah lama eyqa simpan.

Hantar pada blog eyqa je lah ye.. tapi jangan risau, eyqa takkan publish comment anda yang memberikan butiran. Terima kasih. DAN~! Eyqa sendiri pernah diumumkan sebagai pemenang contest dan sehingga hari ini tak dapat hadianye lagi. Ape masalahnye eyqa pun tak tahu sebab eyqa dah hantar mesej di FB beliau. Kalau eyqa sebut siapa mesti anda kenal. Tapi biarlah rahsia supaya tak memburukkan mana-mana blogger. K, chauuu!!
Wednesday, July 20, 2011 1 comments

TEKANAN!!!!!!

Tekanan! Assignment yang mula membukit membuatkan aku sedikit stress...! Dengan masalah PT yang tak masuk-masuk..ntah apekeheinye idoklah teman tau pun.. hhuurrmmm.. aku bukannye dari keluarga elit yang mewah. Kaya lagi lah tak. Sederhana dan hanya mencukupi. So, jangan pelik la bila aku dok bising dan agak rimas bila duit PT aku tak masuk-masuk. Dah hampir sebulan dah, tapi masih tak masuk-masuk lagi duit PTnye... Lect dah bagi hint-hint buku yang harus aku beli. Orang kaya? Pejam mata je bukak dompet LV dorang dan bayar. Perghh...

Aku stress kalau boleh nak menjerit je rasenye. Mula tekanan membuak-buak. Kadang-kadang terasa macam nak menangis mengenangkan pelbagai dugaan aku di sem akhir ni. Mudah-mudahan semua yang aku lalui ini berbaloi. 5 bulan di sem akhir bukan lah lame, tapi kesukaran menempuh hari-hari di sem akhir menyebabkan kadang-kadang aku sukar bernafas. Tersangkut kat kerongkong laaa..dah lepas tersangkut pulak kat liver...dah lepas tang liver tersangkut pulak dekat large intestine.. ah sudah! masuk sains segala pulak..hhhmmm.. masalah.. memang tak pernah nak berakhir.

Berharap sangat suatu hari nanti semuanya akan berakhir dengan kelegaan yang membuatkan aku tersenyum dan menggengam segulung ijazah. *mula memasang angan-angan dengan tersenyum-senyum.. awan-awan dikepala.. adessss....
0 comments

Jauh Rindu, Dekat nak Bercakar je!

kadang-kadang bila aku dah benci tu aku benci sangat-sangat. Sampai nak tengok muka dia pun aku dah tak mahu. Tapi bila aku diingatkan kenangan bersama dia, aku mula rasa rindu. Aku rasa rindu dengan kenangan kami. Nak sangat berjumpa macam dulu.

Bila lagu-lagu yang pernah mengiringi hubungan kami berkumandang di Mp3 atau radio, otak aku terus berputar bersama lagu mengimbau kenangan kami. Masa itu, barulah aku terasa ingin sekali menatap wajahnya, mendengar suara yang pernah dulu menghibur hati.

Tapi bila dikenangkan kembali saat pedih bersama dia, aku rasa tak sanggup untuk berdepan dengan dia. Risau perasaan ini akan membenci lebih lagi. Bukan aku tak mahu untuk memberi peluang.. Tetapi perasaan takut itu lebih tebal dari perasaan sayang yang sememangnya tebal untuk dia.

Hanya yang mampu aku lakukan adalah berdoa supaya dia baik-baik saja dan bertemu dengan insan yang lebih baik dari aku. Kenangan yang pahit itu mungkin bisa bertukar indah setelah semuanya menjadi sejarah..
Tuesday, July 19, 2011 7 comments

BLOGGER GILA CEKAL KEMBALI


SAYA DAN AWAK sama-sama blogger bezanya cuma SAYA baru, AWAK lama, SAYA perempuan, AWAK lelaki, SAYA kecik, AWAK tegap, SAYA pendek, AWAK tinggi, DAN SAYA kenal AWAK, AWAK tak kenal SAYA...! :)
 
;