Monday, March 21, 2011 12 comments

AKU BENCI ROKOK


1. Sila letak banner diatas ni done!






2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini .. done!


3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan .. done!

SEBAB! : rokok tu PEMBUNUH... *keluarga eyqa takda yang merokok*

"AYAH CAKAP"
Sebab ROKOK kami kehilangan ATOK.
Sebab ROKOK ayah kehilangan bapa yang dikasihinya.
Sebab ROKOK hidup keluarga ayah terumbang ambing tatkala mereka adik beradik masih kecil.
Sebab ROKOK kami sekeluarga tak pernah merasakan kasih sayang atok.
Sebab ROKOK ayah tak dapat belajar tinggi-tinggi kerana menyara keluarga membantu opah.

"EYQA CAKAP"
Sebab ayah pesan ROKOK itu memudaratkan dan salah satu punca kematian.
Sebab ROKOK itu terlalu banyak kesan negatif.
Sebab calon suami eyqa haruslah TIDAK MEROKOK!
Sebab rokok tu ibarat membakar duit dan diri.. tak da faedah!

4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok ! done!
EYQA hope korang batalkan niat nak merokok. Itupun kalau nak hidup lama.. memang lah ajal maut ditangan Tuhan, tetapi sekurang-kurangnye tak la mati kerana ROKOK dan menempah maut sendiri. Kalau sayang pada diri dan keluarga atau insan disayangi berhenti merokok...


5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini .. done!
-Bau badan yang teruk! *walaupun pakai perfume. serupa tak payah pakai.. membazir..*
-Kurang bersih terutama pada gigi
-Pentingkan diri sendiri *tak pikir ke akibat kepada sekeliling?*
-Tak sayang pada diri sendiri




*kepada yang teringin nak meminang tapi merokok anda di reject! *ewah!*
2 comments

Realiti TV Adik-Adikku gempak!

Assalamualaikum *semanis-manis pembuka bicara...ewah!*

Selalunya blogger lebih minat dan cenderung nak menulis kisah-kisah hot...
dari artis-artis..tak kira la dari segi pemakaian, suara, rupa, kisah peribadi...
kenapa tidak kita berbicara mengenai perkembangan yang bagus pada negara dan agama kita?
tapi aku tak kata apa yang mereka ceritakan pada blog tu salah.. bagus sebab beri pengajaran
tentang ape yang patot dan yang tak patot.. tapi, aku nak selang selikan dengan cerita
lain pulak... yelah, kadang-kadang kita lupa... blogger bukan sahaja dari umur 20an...
ada dari kalangan adik-adik...remaja, belia, dewasa... orang tua pun ade tau!!!

Malam tadi.. sape yang tengok pertandingan pidato Adik-Adikku final?
Boleh dibilang mengunakan jari... tapi kat dewan berlangsungnya pertandingan tersebut
jangan cakap laaaa.... berduyun orang pergi tengok... sape yang tak tengok memang rugi..

sape yang tengok pasti tersentuh hati... anak-anak yang berumur 10-12 tahun 
membentangkan pidato mereka di seluruh Malaysia... dan aku yakin sangat
anak-anak seusia ini mampu untuk menarik perhatian orang dewasa... bayangkan,
bergenang air mata aku tatkala anak-anak kecil ini melaungkan kalimah Allah untuk
menyeru semua umat Islam supaya bangun dan sedar dari "tidur"....membangunkan Islam
agama junjungan... tersangatlah aku berbangga... petah bicara, merdu bernasyid dan berzikir...
bersama alunan-alunan doa yang dilagukan...bermain gendang yang mengasyikkan....

aku yang berusia 20 tahun pun, kalau diberi peluang untuk berbuat benda yang sama
belum tentu aku akan berbicara sepetah itu dan berhujah sebagus itu... kagum melihat
kesungguhan mereka menyebar dakwah... bukan hanya agama Islam sebagai panahan..
tetapi seluruh agama dipelusuk dunia... menyeru keamanan...bersatu dalam Malaysia...
*wah! waaaahhh! aku pulak rase nak berpidato*

Kagumnya aku bukan sebab apa... kanan-kanak seusia ini telah banyak faham
dalam ajaran agama kita... memberi nasihat, ingatan, dalam pelbagai cara...kadang-kadang
terase kecik diri ni berbanding mereka yang sememangnya kecil sebab pemahaman
mereka melebihi kita yang dah lama hidup dari mereka... Subahanallah...
adakalanya boleh menyebabkan aku ketawa terbahak-bahak sampai rase nak terguling...
buat aku tersengih-sengih di depan Tv sampai kain yang aku lipat tak berusik
sebab khusyuk sangat menonton... tabik spring lah! *ibu aku bising tengok tv tapi tangan tak buat kerja*

Akhir pertandingan ada pulak persembahan dari Dato' Siti Nurhaliza... 
cantik berkurung moden dan bertudung litup...menyanyikan lagu ketika cinta...
merdu... terase diri dekat dengan Allah...*kan bagus kalau Dato' Siti terus bertudung litup macam tu..*

yang nak tengok Dato' Siti boleh click sini 

*kanak-kanak adakalanya lebih maju dari kita...
4 comments

FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

*sepatutnya dah lama wat mende nie.. tapi terlepas pandang plak! takpe... aku still nak wat..
bertanggungjawab lah orang cakap kan... korang gelak eak! mentang-mentang aku luper...
aiseymen.. tak pe laa... skang aku dah buat... ape senyum-senyum? *okey pahala.. tak pe!*

ni logo... hihihi...



*janji aku wat! hihihi...

Sunday, March 20, 2011 4 comments

Disebabkan Ben Ashaari Aku Malu!

Fuhhh! sentap kot klu abg Ben bace tajuk nie...tapi aku betol malu...
Sampai ke tahap aku nak nyorok bawah meja boleh?
Nak tutup muka pakai paper sepanjang masa boleh? *bajet boleh!*

Disebabkan aku tak kerja..aku tak online...blog memang thap gaban rindu plus! plus!
sebab aku tau En. Ben tu pasti ada segmen menarik menanti... seperti jangkaan...
Segmen pasal IBU tu... hadesssss.... macam2 cerita.. aku nak join tapi terlewat... fine!
aku cuma jadi pemerhati.. -.-" "tak mengapa lah" kata orang tua-tua.. kata aku.. *benci! tak dpt join*

So, berbekalkan semangat kental *aiseyh!* sampai je office terus buka internet dan blog 
yang pertama aku buka blog abg BEN... cari segmen beliau yang gempak mempak tu...
Tengok link2 yang dah siap dan beliau telah post... aku baca satu demi satu...
kadang2 buat aku gelak macam orang giler depan PC... dan kadang2 sebaliknye...

Beb! aku memang layan habis cerita2 nie.. sampai mengalirkan air mata...
bayangkan aku dok kat office bahagian receptionist kat depan tu haaa...
tengah baek punye layan sambil mengesat air mata dan hingus2 cair.. *yeaaakkk!*
tak perasan ada orang tunggu depan pintu nak masuk.. almaklumlah
pintu canggih manggih sampai pintu tu sentiasa di "lock" dan bila nak masuk
kene ada card yang bertauliah or aku yang bukakan pintu... dengan mata merah
macam ikan busuk kat dalam pasar... hidung jangan cakap laaa.. merah! bley plak dorang cakap

*si baju biru bersuara*
"hamboi layan feel dia.. patot la tak nampak kite kat depan? sejam tunggu!"
*tipu! tipu! ko tipu!*

*si baju hitam menyokong*
"putus cinta la tu.... hihihihi... tengok muke sedey pepagi ni.. tak masuk rezeki"

aku tersenyum kambheng sambil menutup separuh muka ala-ala taliban.. aiseyh!
gulp! -.-" nmpak macam orang putus cinta ke? cis!
kacau daun betol! aku malu sangat sebab orang tu ntah sape2.. tak kenal... 
laki-laki pulak tuh! kalau orang office sendiri ade aku kisah? adesss! malu eaaahhh!

time tu aku tengah baca blog YUYU ... sedeh citernye... berjaya mengeluarkan
air mate aku yang mahal nie.. *kunon!* tapi ni sume sebab abg ben larh nie...
mengimbau cerita lalu nie.. buat hati tersentuh... tapi sumpah aku suka!
ihihihihi.. teringat pulak kat ibu kat umah... baru semalam aku nangis dengan ibu...
alorrrhhh.. nak buat cerita segmen abg ben dah abis! tunggu lah segmen yang 
laen.. kompom aku join... nak kongsi-kongsi jugak!!!!! ;)
ABG BEN ! CAYALAH! SEGMEN ANDA SUPERB! 

*penulisan dari hati bawa ke mata... terbalik ayat nie...hihihi...
 
;