Friday, June 10, 2011 0 comments

Kesan Post Entry Tanpa Yang Di Tuju

Entry sebelom ni banyak terasekan hati orang ke? nampaknye banyak jugak mesej orang yang aku tak reply eah.. Sory sangat kepada sesiapa yang terase.. saje2 pulak nak tengok tindak balas amacam. Aduiii.. ramai pulak yang hantar mesej and tindak balas yang memohon maaf....

Kepada kalian, bukan tak nak balas mesej saje-saje.. kadang-kadang sibuk dengan tugasan yang menyebabkan tak dapat nak balas mesej. Kalau kawan dengan eyqa tau la eyqa memang pemalas nak menaip mesej. Selalunya terus je tekan "call" nak cepat. Tapi tu laaa... time tak de kredit yang mencukupi, terus tinggal je tanpa pesanan. Huks! hope korang paham eak!!

AND!!!! kepada sesiapa yang hantar mesej nak berkenalan ke... salam tanpa nama ke... pape ke... tu, memang tak dibalas.. nak kenal ke ape ke..nak tanye pape ke.. sila sertakan nama anda.. hihihi... lain macam je kan? tu orang yang kalau tak pernah berhubung dengan eyqa sebelum ni. 

Pasni harap jangan ade yang terase hati lagi yep.. cau!
Wednesday, June 8, 2011 0 comments

Gambar Perkahwinan Black , White and Red

Jom tengok gambar!!! yezzaaa... cam biase blog aku ni sekadar blog yang suka suki... ade beberapa mende nak share... beberape hari lepas kakak aku kawen... yep! seronok? tak laaa.. bukan aku yang kawen.. kakak.. aku? sekadar pemerhati dan membantu.. tamo bincang sembang melalut panjang-panjang sebab tak de sape pun nak baca... jom layan gambar perkahwinan yang aku sendiri photographernye,... hihihi.. cun tak?







Sikit je? memang laaa.. aku dah nak terlelap dok upload.. mengantok! pape pun ni juz gambar semasa dalam bilik selepas nikah.. gambar di luar bilik, di luar rumah dan semasa atas pelamin aku akan letak len kali... gambar tak boleh letak banyak2 sebab pengantin pun tak tengok lagi sebenarnye... cian kan? hihihi...

*ade bakat tak?

2 comments

Sebab Aku Tak Balas Mesej Korang!

Antara sebab kenapa aku jadi tak balas mesej korang..

1- Aku tak de sen nan topup kredit! yelah aku bukan anak dato' ye.. ngeh ngeh ngeh..
2- Sebab aku tak kan nak melayan orang yang tak pernah nak ambil berat pasal aku..
3- Orang yang aku tak suka!
4- Orang yang tak bersungguh-sungguh dengan aku.
5- Menjadi penyelamat keadaan korang! korang sepi, korang text aku.. so, maaf anda tidak dilayan!
6- Aku dah delete number korang dari fon aku. So, something wrong la tu kalau sampai aku dah delete!
7- Orang yang menyoal aku dengan mende-mende yang merapu. So, gudbye bebeh!

*agaknye korang pernah tak aku tak balas mesej? so, cari sebab, punca kenapa macam tu!
2 comments

Kenangan Perkahwinan Tu Sedih..

Dah lame tak update blog kan? Rindu tak? Rindu tak? Aiseymen bajet macam orang selalu tengok blog aku pulak kan? takpe.. nak tengok, tengok, tak nak tak pe.. takkan aku nak pakse tarik kaki korang sebelah seret dari hujung pintu ke hujung kaki meja nak suh online blog aku kan? Tak de kojenye.. hihihi...


Actually terlalu busy dengan macam2 perkara terutama persiapan kahwin my dear sister dan jugak study coz final dah dekat. So, preparation kene mantop ye dak? Jadi, kene korbankan sedikit tentang masa nak online ni. Ade jugak suara2 yang menunggu entry terbaru. Huhuhu... *mekasih daun kelapa...


Detik2 my c's nak kahwin, 1st aku suka teramat. Tapi aku mula faham kenapa aku tengok orang sedih time pernikahan. Walaupun bukan aku yang bernikah, tapi aku sebenarnya dah kehilangan seorang yang sangat aku rapat. Rapat tu sampai kongsi makan, bantal, katil, story mory..yang tak tahan baju pun kengkadang kitorang main rembat je.. Hahaha.. bukan bangga ape, tapi aku nak tunjuk sejauh mana keakraban kami. *cewah!


Masa persiapan kahwin kakak tu heppy2 je..gelak2. sampai terguling2 kat tepi katil..tapi hari dia menikah tu, aku terasa asing. Malam pernikahan..urm.. orang cakap 1st day diorang hidup sebagai suami isteri mengundang sayu kat hati ni. ewah! ewah munah... ayat novel gitu! tamo! tamo!.. erm, aku sedih la..tetiba aku rase kehilangan sangat. Kalau balik kampung, kami selalu tidur berdua. Pepandai la kitorang cari tempat. Tapi bila dia dah berlaki aku tak leh nak join... *urggghh! memang giler arr kalau aku join kan? tak sanggup.. hahaha...


Aku cerita kat member.. memang terbaik la jawapan dia.. dia suh aku kawin jugak! aiyoooo!!! masalahnye tak de calon beb..terhina, terkesima, terpana, terperanjat, terkejut, terkedu, ter..ter..ter...seangkatan dengannya. Pergghh!! makan dalam beb... makan dalam.. huh!


Memang serius aku terase sunyi bagai.. Aku macam nak gigit-gigit je talipon tu sebab tak berdering. Harap kalau bunyi pun memang nak mintak terajang sebab alarm je yang nak buat gegendang telinga aku nak pecah! Tensen! tensen! 


*erm.. no talifon aku.. 010-6********....bla~bla~bla~bla~
 
;