Mek: Aku buntu.... tolong aku selesaikan masalah aku plis ika...
Aku: Aku tak boleh nak tolong selesaikan masalah engko. Aku cuma boleh berikan pendapat.
Mek: Tak kisah la. Engkau faham tak kalau aku dah tak ada hati.. macam mana aku nak teruskan hubungan lagi?? ko faham tak mek...?
Aku: Ye.. ye... aku faham sangat mek.
Bukan semua keputusan boleh diputuskan dengan mudah. |
Sedikit dialog di atas menggambarkan kekusutan seorang perempuan. Dilema yang dihadapi beliau. Aku dah lali. Bukan kerana masalah yang diceritakan. Tetapi masalah itu juga aku pernah hadapi. Apa yang aku boleh katakan, kalau dah hati tak suka takkan nak dipaksa.
Masalah Mek bukan nama sebenar di atas, adalah kecelaruan dalam memilih pasangan hidup. Soalan yang pertama aku soal pada dia, "family ko tau semua ni? Perasaan ko? Dilema ko sekarang?" Jawapan dia, alhamdulillah. Family dia tahu dan mereka menyerahkan keputusan sebulatnya pada dia. Family hanya mampu mendoakan kebahagiaan yang dia pilih. Tak nak membuat keputusan untuk hidup dia. Dia dah besar. Boleh fikir baik buruk. Maka, aku cuma tersenyum. Itu dah cukup mudah untuk engkau menilai dan membuat keputusan.
Apa yang dia serabutkan sekarang? Sebab keduanya baik. Keduanya dia sayang. Keduanya ada ciri yang diinginkan. Apa yang aku perhatikan disebalik cerita yang pernah dia ceritakan pada aku, masalah yang sering wujud dalam perhubungan mereka adalah pertengkaran. Yang boleh membuatkan mereka berjauh hati.
Permasalahan dalam fahaman politik.
Pertengkaran dalam memutuskan tarikh-tarikh resepsi serta adat.
Keadaan keluarga yang tak sefahaman sependapat dengan dia.
Masih kekok walaupun setelah bertahun lama menjalinkan hubungan.
Masalah di atas bersangkutan dengan keluarga lelaki A. Manakala keluarga si lelaki B adalah sebaliknya. Tapi masalahnya sekarang, hubungan kawan aku dengan si lelaki A sudah mendahului tapak yang pertama. Merisik.
Bagi aku, perhubungan yang terlalu lama memang mengundang banyak masalah. Ada saja yang tak kena. Nak pula bila setapak demi setapak kaki mula menghayun langkah ke mahligai perkahwinan. Tapi kena beringat, tahun perhubungan bukan kayu pengukur ketahanan rumah tangga. Ada saja yang berkawan 10 tahun tapi bercerai setelah 2 minggu perkahwinan. Ada saja yang baru beberapa minggu perkenalan dan akhirknya kekal hingga jannah.
Jodoh, pertemuan semua di tangan Allah. Siapa dia telah tertulis kemas di luh mahfuz. Apa yang aku harapkan kawan aku dapat membuat keputusan dengan sewajarnya. Mek, engkau bernasib baik sebab apa saja keputusan, adalah bergantung penuh pada diri engkau. Ada yang lebih malang jika keluarga tak restu dengan pilihan hatinya. Maka, lebih banyak hati yang nak dijaga.
Agama dah menggariskan panduan. Maka layarilah dengan panduan tersebut. Usaha, doa, tawakal. Niat dalam hati segalanya kerana Allah taala. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan. Istikharah adalah sebaik-baik jalan untuk menyelesaikan masalah ni. Jika tekad dan bulat jawapan, beranikanlah diri untuk terus terang. Bukan menyimpan dan membiarkan semuanya beku.
P/s: Ramai yang tak kahwin bukan kerana tak mahu berkahwin, tetapi situasi yang menekan dari segi zahir dan batin menyebabkan ramai memilih untuk solo saja. *serius benar entry aku kalini.. hiks!
Credit picture to Mr.Google
No comments:
Post a Comment