Tuesday, October 4, 2011 8 comments

Doa dan Jodoh

Sebagai insan biasa aku tak lepas dari merasa keinginan untuk berkeluarga. Mungkin orang sekeliling memandang sinis dengan pengakuan ni dalam seusia aku yang muda kan? Bagi aku tak perlulah begitu. Selewat dan seawal mana sekalipun niat untuk bernikah, tetapi niat untuk mendapatkan pasangan di dalam rumah tangga tu seharusnya ada. Jangan menolak perkahwinan. Berdosa hukumnya. Sesungguhnya, sejauh mana sekalipun cita-cita seseorang itu mengejar duniawi, di sudut hatinya yang paling kecil pasti inginkan sebuah keluarga yang bahagia. 


Bila dah halal, perbuatan begini dapat pahala.. (^^)

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku
dan usirlah dia dari relung hati aku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
Dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku
ya Allah, tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, 
mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, 
dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, 
mengerti dan mahu menerima aku
dengan segala kelebihan dan kekurangan aku
sebagaimana aku telah Kau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai 
dan rela membagi suka dan duka aku dengan dia.
Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

*Sekadar cebisan rasa hati..tidak merujuk kepada sesiapa..
* Idea muncul selepas tengok pic yang sangat comel.. credit to Rusydee Artz | Lukisan Dakwah
6 comments

Bila Jodoh di antara 2 Pilihan

Bila hidup diberikan pilihan, kita sedaya upaya memilih dengan cara yang paling baik. Menimbang baik dan keburukannya. Sampai satu tahap, tekanan perasaan muncul bagai diapi-api. Sudahnya, keputusan dibuat dalam mood yang tertekan dan ambil yang paling mudah dan tak menyakitkan. Tapi hakikatnya setiap apa yang dilakukan pasti ada saja hati yang terluka. Paling tidak pun hati sendiri.


Seorang hamba Allah ini dalam dilema memilih sama ada menerima pilihan hati, atau pilihan ayah ibu yang diharapkan mereka. Sebagai manusia biasa, adatlah..hidup kita, kita yang mahu tentukan. Setelah berfikir sejenak, akhirnya hamba Allah ini menerima pilihan ibu dan ayahnya sebagai tanda hormat seorang anak kepada ibu bapa yang telah banyak berjasa membesarkannya. Bagi dirinya.....

" Allah tak redha dengan keputusan yang kita ambil, sekiranya IBU kita tak redha dengan pilihan kita... Ibu adalah insan yang paling penting dalam hidup kita setelah Allah dan Nabi Muhammad junjungan kita..."

Redhanya hamba Allah ini kerana ingin menjaga hati si ibu juga ingin berbakti sebagai anak, walaupun hatinya kecewa. Ditolak tepi hatinya demi merebut keredhaan Ilahi untuk kebahagiaan hidup. Pilihan hatinya pula telah berlalu meninggalkan hamba Allah ini mungkin kerana menghormati keputusan beliau. Oleh kerana sikap sabar, tawakal dan redha itu, Allah permudahkan segalanya.


Siapa sangka, lelaki pilihan ibu bapanya itu memutuskan untuk tidak jadi meminang hamba Allah ini dengan alasan telah menjumpai seorang gadis yang sesuai dengannya, dan tak sanggup menunggu hamba Allah ini kerana beliau berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat degree. Maka lepaslah hamba Allah ini dari dua halangan dengan hati yang berbaur rasa. Sedihnya kerana kasihnya telah berlalu, hampanya kerana tersilap percaturan, gembiranya kerana Allah memberi beliau kesempatan untuk hidupnya.

Walaupun hamba Allah ini telah kehilangan seseorang dalam hidupnya, tapi dia masih bersyukur kerana Allah masih memberikan dia peluang untuk membuat pilihan yang lain. Redha dengan ketentuan dan percaya bahawa sesuatu yang indah Allah rencanakan untuk insan yang sabar dalam melalui liku kehidupan. InsyaAllah.. 

*bercinta untuk keredhaan Allah, indah percaturannya... :)
1 comments

MANUSIA INI MENGHINA ISLAM!

Assalamualaikum. Tiba-tiba ada hamba Allah yang post link suruh aku lihat link yang mana manusia ini telah menghina Islam dan Nabi kita. Astaghfirullah...aku sebagai umat ISLAM rase tercabar dengan salah seorang manusia yang menghina ISLAM. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi kejian yang aku bagi buat manusia yang post statement ni! Apa nak jadi la dengan dunia sekarang. Sewenangnya mengutuk mengeji sedemikian. 

Cakap banyak pun tak guna. Aku cuma boleh zahirkan rasa benci dan meluat. Ya Allah.. hukumlah manusia ini sewajarnya yang mengutuk Nabi Muhammad junjungan kami dan agama Islam yang kami cintai.


Kamu semua boleh pergi pada link ni. Kalau manusia tu ada depan aku memang aku tunjal-tunjal, lempang-lepang kepala hotak dia. Huh~! Semoga dia mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. 

*dunia betul2 dah akhir zaman... :(
Sunday, October 2, 2011 4 comments

Thanks Aimifiqa!

Teruja!!! Thanks AimifiQa... Maaf sebab lambat mengeluarkan entry berkaitan dengan gambar tu. Sebab jarang nak online dah sekarang ni. Tak teruja seperti dulukala.. *cis! ayat tak bley blah! hihi.. tapi bila dah dapat lukisan ni, teruja nak taip entry khas untuk awk AIMIFIQA...


thanks sangat my dear..sumpah suke! hihihi... terlalu menghargainye...nak buat desktop background.. walaupun warna ada pink sikit..tapi suke! kombinasi warna yang sangat menarik.. terima kasih luangkan masa untuk buat mende ni. Eyqa memang haram tak tau macam mana nak buat. Bersyukur sebab ada manusia yang sanggup meluangkan masa untuk permintaan eyqa.. terima kasih sekali lagi Amifiqa! :)

*semoga Allah memberikan ruang yang luas untuk awak setelah melapangkan masa untuk saya Amifiqa.. :)

 
;