Friday, September 16, 2011 1 comments

Hobi baru ~ Instrumental Music

Perasan tak perubahan yang berlaku dalam usia kita? Semakin usia kita meningkat, sebenarnya semakin banyak perubahan yang kita lakukan dalam kita tak sedar. Dari segi pemilihan pakaian, pilihan makanan, warna-warna kegemaran, hobi, cita-cita dan masa depan. Huhh! segalanya berubah. Selera mengembang mengikut masa. 

Hobi aku yang terbaru sekarang ni suka mendengar lagu-lagu slow dan suka untuk mendengar instrumental music. Pada yang tak tahu, instrumental music adalah gubahan muzik atau rakaman tanpa lirik atau nyanyian dari sesiapa. Hanya muzik yang dimainkan daripada pelbagai alat muzik. Ada yang suka instrumental music dari piano, violin, guitar, trumpet dan macam-macam lagi. Instrumental music ni bukan hanya memainkan muzik-muzik yang slow layan gitu, NO! banyak genre yang boleh dipilih contoh instrumental hip hop, instrumental rock, instrumental pop rock, lainnye, ada saja dari smooth jazz, beautiful music dan banyak lagi. Kebanyakan instrumental music ni dimainkan di dalam drama-drama, filem-filem, atau video-video sebagai latar cerita.

Tapi untuk aku, aku lebih sukakan instrumental music yang slow dan layan jiwang. Bukan apa, kadang kala aku naik pening bila dengar muzik yang ntah apa-apa digabung pula dengan suara "sumbangan" yang menyanyi tu, aduh... migrain dibuatnya. Kepada yang mula nak kenal, nak cuba-cuba meminati instrumental music ni, aku akan sertakan beberapa link instrumental kegemaran aku yang memang sesuai lah kepada sesiapa yang otak lebih kurang aku yang layan leleh ni. Maksudnya suka kan muzik-muzik yang tenang untuk didengar. Ok? tapi ni link yang aku minat aje.. agak-agak anda tak berapa nak minat, search saja pada you tube..  *eleh! macam tak biase buat..


*aku lebih selesa menulis dengan gayaku sendiri..
Thursday, September 15, 2011 1 comments

Bahagia Dan Sedih

Dah sekian lame jari-jari ni tak menari di atas huruf-huruf kecil menaip entry dan kisah. Semalam, yang telah menjadi sejarah, hari ini yang terukir kenangan, dan esok yang belum diketahui. Hidup ni penuh dengan dugaan, cabaran, pilihan, penipuan, kekejaman dan macam-macam lagi. Apa yang berlaku hari ini aku hitung detik demi detik, dan tiap detik itu lah juga aku hitung perasaan yang bercampur baur.

Apa itu bahagia? bahagia adalah satu situasi yang setiap orang idamkan. Dengan bahagia, terukir senyuman, dengan bahagia tertulis kenangan, dengan bahagia tercipta keindahan. Bahagia bersifat sementara. Andai hari ini dirimu tersenyum bangga dan bahagia, maka haruslah dirimu bersedia pada hari esok dengan benteng kukuh menghadapi kesedihan yang mendatang.

Kesedihan? Sedih satu situasi yang sering kali orang takut untuk menghadapinya. Dengan sedih, terlerainya air mata, dengan sedih terhasilnya kesepian, dengan sedih terbitlah kerunsingan. Kesedihan juga bukan selamanya. Tiada duka yang abadi. Setiap duka yang hadir sebenarnya adalah satu ujian untuk diri menjadi lebih kuat. 

Lihatlah. Sedari kecil kita telah dididik dengan amarah, pesanan, teguran, peringatan yang berbaur ketegasan tanda apa yang dikatakan haruslah diambil peduli. Dan aku sangat pasti setiap pesanan, teguran, peringatan itu terkesan di hati sebenarnya. Rasa marah, kecewa, geram..semua tu pernah ada. Tapi dengan kata-kata tu la sekarang aku masih disini, masih bersabar untuk menunggu esok apa pula coraknya.



Oleh disebabkan itu, aku sering mendambakan seseorang yang boleh meminjamkan aku kebahagiaan dirinya untuk aku berkongsi. Seandainya aku dalam kesedihan, tidaklah aku terus sepi meratap hiba. Sekurang-kurangnya aku masih terhibur mendengar kisah gembiranya. Masih mampu tersenyum dan tumpang merasai nikmat itu.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138] HR. Al-Bukhari 7/158.


Hidup bukan untuk bersedih, tetapi hidup juga bukan untuk ketawa... Perasaan itu ibarat rencah dalam masakan. Segala-galanya harus seimbang. Tak boleh terlalu masin, tak boleh terlalu manis, dan tak boleh juga terlalu pedas. Semuanya harus sebati dan sebagai yang tukang masak harus belajar untuk melazatkan masakan. Begitu juga dengan kehidupan. Sebagai manusia harus diuji dengan pelbagai dugaan agar kita lebih mahir hidup di bumi Allah ini. Lebih bersedia menghadapi setiap dugaan.


*apa corak kehidupan anda, anda yang tentukan.
Sunday, September 11, 2011 4 comments

Bila Bangsa melayu Menuding Jari

Rasanya hati ni aku mahu berkongsi apa yang selama ini aku lihat dari mata kasar aku. Dengan satu situasi, situasi yang rasanya sudah jadi satu kebiasaan ataupun satu budaya yang rasanya mungkin akan jadi satu ikutan dalam masyarakat kita. Bila sebut orang Melayu semua orang bangga jadi orang Melayu bangga dengan adatnya, bangga dengan makananya, bangga dengan percakapannya, tapi pernah tak kita sebagai orang melayu terfikir apa sebenarnya kecatatan ataupun kekurangan yang masih lagi ada dalam hidup kita sebagai orang Melayu dan yang boleh kita bandingkan dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina.



Setuju atau tidak mengikut peratusan bangsa Cina lebih ramai yang berjaya dari bangsa kita dan setuju atau tidak bangsa Cina kurang ada perbalahan kurang ada pertelingkahan sesama mereka berbanding dengan bangsa kita yang setiap harinya ada berlakunya perselisihan faham percakapan mahupun perbuatan secara sengaja ataupun sebaliknya. Tahu tak kenapa aku terfikir sampai ke tahap ini? Kadangkala aku jadi pelik apa bezanya bangsa Cina dengan bangsa Melayu sedangkan mereka ini semuanya tetap manusia yang sama ada hati dan perasaan, ada mata dan telinga apalagi akal yang dikurniakan sebagai perantaran dalam membuat  pilihan sama ada ya atau tidak mahu atau tidak mahu berjaya atau gagal kiri atau kanan dan sebagainya.


Cuba kita lihat, apa yang boleh saya ceritakan di antara bangsa Melayu dan bangsa Cina . Mereka seperti permainan lama (dam dan catur) dan bila kita lihat perkataan dam ini terlalu sinonom dalam bangsa kita. Begitulah permainan catur kebiasaannya dimainkan oleh bangsa cina di mana kebenaran kisah yang mahu saya sampaikan dari kisah ini. Bagaimana permainan dam?  permainan dam sentiasa bergerak maju kehadapan tapi lagaknya cuba menindas orang lain demi mencapai sesuatu hajatnya. Begitulah orang melayu jika mahu berjaya terutamanya dalam mengejar kekayaan, kesenangan, kemewahan tidak kira siapa sahaja di bawahnya, dan tidak kira sesiapa saja di depannya termasuklah bangsanya sendiri pasti akan dilangkahnya/ditindas demi mencapai maksud mereka. Bayangkan haruskah demi sesuatu kepentingan peribadi kita sanggup menganiaya dan sanggup menindas orang yang cuba bersaing atau dalam erti kata yang lain mencari rezeki di dalam kawasan yang sama. Apa itu catur? dan apa persamaan cerita yang kita ceritakan tadi. Cuba kita lihat pada bangsa Cina. Bangsa mereka tingkah lakunya tidak ubah seperti bermain catur walaupun misi mereka sama seperti bangsa kita tetapi mereka tidak pernah menindas malah bergerak bersama-sama dalam mengejar satu misi. Sama seperti bangsa kita kesenangan, kekayaan, kemewahan. 

Kesimpulannya sampai bila kita mahu jadi sebegini? Sampai bila kita mahu jadikan ia sebagai satu tradisisi? Sedangkan kita patutnya bersama-sama mengembling tenaga dalam satu kata sentiasa saling bantu-membantu sesama kita dalam mencipta sesuatu kejayaan. Ingatlah bangsa kita tetap bangsa Melayu. Tidak ada lain selain dari Melayu tapi lihatlah apa yang sudah berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin 10, 20, tahun yang sudah mungkin bagi mereka-mereka yang terdahulu dianggap sebagai satu persaingan yang bersifat sementara. Tapi percaya atau tidak jika kita tidak endahkan atau kita mengabaikan senario sebengini, kisah ini akan menjadi satu budaya dan akan menjadi satu ikutan dalam hasutan kepada anak2 kita di masa hadapan dalam menghancurkan bangsa melayu itu sendiri. Sampai bila kita mahu menuding jari? Mencari setiap inci kesalahan orang lain sedangkan kita tidak bersedia mengubah diri kita sendiri. Inilah yang patut kita bimbangkan jangan kerana satu paku yang bengkok, rumah itu kita robohkan. Fikir-fikirkan.

*sampai bila kita mahu hidup saling menuding jari
*credit 4 AR-Mujahid aka drlove.. terima kasih sebab 100% idea dari beliau.. :)
*credit 4 Mr.G
Tuesday, September 6, 2011 4 comments

Jika Dia Adalah Suami...



Bila lihat semula, ayat ni dah tersebar luas. Terima kasih kepada sahabat kerana mengirimkan sepotong ayat seperti di atas. Beliau meminta aku untuk memasukkan ini di dalam blog. Bagi aku menarik. Thanks kawan... Baca ayat di atas, aku mula memikirkan bahawa "bukan mudah menjadi seorang suami... bukan mudah untuk bergelar seorang bapa... bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga.. terlalu berat tanggungjawab yang harus dipikul. Bukan hanya di dunia..malah diakhirat.."

Persoalan sekarang yang bermain difikiran aku, adakah lelaki sekarang benar-benar sedia untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang dituntut? Aku hanya menggeleng kepala dan tapi dalam hati aku penuh berharap "..lelaki itu ada..dan berharap dirinya adalah untuk aku.." 

Sukarnya mencari siapa dia.. "DIA"? Dia adalah suami...dia adalah lelaki yang boleh membimbing aku dan keluarga..dia adalah makhluk Allah yang taat kepada agamanya iaitu Islam.. Dia adalah lelaki yang mampu untuk melayarkan nakhoda di atas lautan yang bernama perkahwinan... Dia adalah cintaku yang tak pernah aku temui lagi sehingga kini. Mungkin ada... mungkin tidak.. Pilihan ada didepan mata. Tetapi hati ini terlalu meragui adakah benar si dia yang aku cari? 

Aku mencari seseorang yang menyayangi.. mencintai.. menerima aku dengan seadanya.. menerima baik buruk keluargaku.. segalanya tentang aku.. tanpa syarat dia menerimanya.. aku bukan mendambakan dia lelaki yang hebat di mata masyarakat.. Aku bukan menginginkan lelaki yang penuh dengan populariti.. Aku bukan memerlukan dia kerana pangkat dan darjat yang disanjung.. tetapi aku memerlukan dia yang hebat disisi Allah. Hanya kerana aku juga ingin menjadi hebat dan menjadi tetamu istimewa dalam hidup dia yang bernama suami.

Kadang-kadang muncul rasa sangsi. "Adakah benar cinta itu wujud?" aku sendiri tak memahami apa maksud cinta. Sayang? Rindu? Suka? Minat? terlalu umum..terlalu subjektif untuk aku mengatakan ia adalah cinta. Aku selalu saja memperlekehkan jika ada yang mengatakan "aku cinta kamu.." aku selalu bertanya "cinta? kamu faham apa itu cinta?" Fahamkan aku apa itu cinta...yakinkan aku apa itu cinta..supaya aku dapat kenal itu adalah cinta..dan supaya aku boleh mengakui kebenaran "sebenarnya itu cinta..."

*Jadi, tak hairanlah kenapa sukar untuk aku mencintai seseorang kerana aku sendiri tak memahami apa itu cinta.
 
;