Thursday, August 18, 2011 2 comments

PILIH JALAN MU KELAK..


"bersangka baiklah dengan semua orang...."

kadangkala kita tak sedar kita telah bersangka buruk pada orang. Sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya situasi orang itu. Jangan hanya disebabkan satu situasi, kita dah menganggap dia jahat, teruk dan sebagainya. Bayangkan berdosanya kita bila memikirkan yang buruk-buruk tentang seseorang itu. Bayangkan azab yang kita terima hanya kerana tersalah tafsiran.

Wahai manusia..bersihkan hati. Muhasabah diri. Elakkan dari membenci sesama manusia. Kerana apabila itu terjadi, syaitan laknatullah girang bertepuk tangan melihat pepecahan umah. 

Apabila nikmat yang diberi ditarik semula, janganlah kamu berasa hiba kerana sebenarnya Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik. Apa yang kita rasa terbaik buat kita, kadang-kadang ianya buruk untuk kita dan apa yang kita rasa buruk untuk kita kadang-kadang itulah yang terbaik untuk kita. 



Jangan berburuk sangka dengan PENCIPTA kita. Kerana DIA maha mengetahui segalanya. Bersyukurlah sekiranya dia memberi dugaan kerana ia bermaksud ALLAH masih menyayangi kita dan menginginkan kita bersujud meminta pertolongan darinya. 

Jangan jadi manusia yang takbur. Sedih bila terkenangkan ada juga manusia yang berkata "walaupun aku tidak solat tetapi aku rasa diri ini lebih baik dari mereka yang solat tetapi perangai teruk.." Astaghfirullah...kenapa berkata begitu? Riak menyatakan anda tidak solat. 

Wahai manusia, sejahat-jahat syaitan, mereka masih bersujud pada Allah. Makanya, manusia yang tidak sujud pada Allah apa maknanya? Renungkanlah wahai umat nabi Adam as semuanya. Tidakkah kamu teringin ke Syurga Allah yang seba indah? tidakkah kamu gentar akan Neraka Allah yang sangat mengerikan? 

*jalan ada ditangan kita...bersihkan jiwa sebelum terlambat..esok, belum tentu ada untuk kita..
Wednesday, August 17, 2011 0 comments

PENGHAYATAN SEBAGAI INSANI..

Ya Allah.. Engkau menurunkan hujan dan petir ketika mentari sedang bersinar. Engkau membiarkan aku mencari-cari di mana cahaya itu bersembunyi. Engkau membuatkan aku resah dan gelisah Ya Tuhan. Namun, setelah hujan berhenti, kau menghadiahkan aku sinar pelangi yang sangat cantik dihiasi pelbagai warna. Warna yang menceriakan hidupku ketika mendung kelabu sebentar tadi. MasyaAllah indahnya ciptaan Tuhan..

Ketika aku sedang gembira, Engkau mengirimkan kisah sedih Ya Tuhan.. Engkau menunjukkan pada aku bahawa hidup kita bukan hanya untuk gembira. Tetapi kadangkala harus menitiskan air mata untuk merasai kesengsaraan orang lain. Tapi kadangkala kita harus menerima dugaan dengan tersenyum kerana kita juga perlu menghargai titis-titis air mata..


Ya Allah.. lindungilah aku dari mencintai hambaMU lebih dari PENCIPTA ku Ya Rabbi.. Supaya aku sentiasa mendapat keredhaan mu.. Ya Allah, lindunglah aku dari segala rancangan jahat Syaitan Laknatullah... Supaya hati aku sentiasa bersih bersama MU terhindar dari kekotoran...

"..Allah tidak memperkenankan doa insan yang tidak perkenankan kehendakNYA.."
Thursday, August 11, 2011 4 comments

MASALAH!!! HELP ME PLEASE!

Perghh!!! Kalau ade sesiapa yang tengok blog eyqa macam ni jangan lah gelak ye.. eyqa sedang dalam proses untuk membetulkan template yang serabut ni. Asalnye macam ni, eyqa sedang mencari wallpaper yang sesuai untuk blog eyqa. Tapi malangnya ape yang terjadi, blog eyqa menghadapi masalah dan eyqa tidak berape berkenan dengan yang ada sekarang ni. Semuanya menjadi complicated.

Mohon kepada yang pakar untuk membantu eyqa dalam adjust semua ni balik ye.. Tolong laaa.. eyqa dah mula naik runsing memandangkan eyqa juga memerlukan blog ini untuk tujuan pembelajaran eyqa. Mungkin ada yang pelik, tapi ia memang kenyataan. Kami (satu course) diarahkan untuk membina satu blog persoal untuk subjek kami "internet and presentation".

Memandangkan eyqa dah mempunyai blog, jadinya eyqa ingat hanya nak memperbetulkan sikit-sikit. Dan menambah ape yang patut yang boleh menambah markah dalam tasking ni. Tapi sebaliknya yang berlaku. Bertambah teruk... serius! Help me please.... huhuhu... dah semakin gelabah ni sebab dateline hampir tiba.. Aduhai.. -.-"

Responds please?
Wednesday, August 3, 2011 5 comments

Muhasabah Diri Di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum. Dah lama tak mengupdate blog ni. Agak-agak orang dah tak ingat dah kewujudan blog eyqa. Macam tu ke? huhuhu. Pape pun, di bulan Ramadhan... bulan yang indah ini nak la share sikit pesanan. Berpesan-pesan sesama kita walaupun sekecil zarah. Pesan tentang kebaikan. Tak gitu? Mudah-mudahan dapat la jugak keberkatan sempena bulan baik ni kan?

Bermaaf-maafan
  • Manusia ni ego.. payah nak memaafkan satu sama lain. Dendam dalam hati payah di padam. Tapi tak semua. Tak jugak boleh disalahkan. Kadang-kadang apa yang dilakukan tu terlalu perit sehingga orang jadi takut dan sukar untuk memaafkan. Di bulan baik ni, marilah bersama-sama muhasabah diri memaafkan serta memohon maaf antara satu sama lain.
Beramal
  • Kalau sebelum ni payah sangat nak beramal, apa kata di bulan yang mulia ini mengambil kesempatan untuk beramal. Contoh seperti BERSEDEKAH, MENGAJI AL-QURAN, BERTERAWIKH, basahkan lidah dengan BERZIKIR.. insyaAllah keberkatan tu ada. TAPI!!! peringatan juga kepada anda, jangan yang sunat buat, yang wajib ditinggalkan ye. Sebab tak ada makna amalan sunat anda tanpa amalan yang wajib. Ibarat makan tanpa bismillah dan solat tanpa wuduk.
Kurangkan berbicara
  • Macam pelik je kan? Tapi sebenarnya tanpa sedar butir bicara tu boleh menyebabkan kurangnya pahala puasa. Kita ni cakap main sedap mulut je. Aku tak kata orang lain tetapi aku pun kadang-kala terbuat benda yang sama. So, peringatan untuk aku dan kamu semua juga.
Cukup lah setakat ini. Renung-renungkan amalan yang kita lakukan adakah cukup sekadar kepuasan dunia atau ingin dibawa bersama sebagai bekalan di akhirat. " Jangan kenang dan berbangga dengan perbuatan baik yang disumbang kerana belum tentu ia diterima oleh Allah Taala. Tetapi ingatlah dosa, dan kesalahan yang dilakukan selama di dunia ini kerana ia memang dituntut di akhirat kelak.

Wasalam.


 
;