Monday, November 21, 2011 4 comments

Contest Candid Time

Assalamualaikum. Aku dah lama sangat tak join contest-contest ni. Kali ni, disebabkan aku di tag oleh seorang rakan blogger yang berbaik hati nak berkongsi peluang, so, dengan senang hati aku menerima. Tengok pulak contest ni syaratnya tak berat. Aku suka nak join kan. Mana la tau rezeki badan kan. *rezeki ni kita tak jangka..tak gitu?



Apa yang dikehendaki tuan punya contest adalah meletakkan gambar candid. Ahaaa sememangnya ada gambar kenangan last bersama kawan-kawan memandangkan kami dah sampai ke sem terakhir. Gambar ni adalah detik terakhir untuk sem ini kami bergelak ketawa berjimba-jimba! yeaaahh! Yang penting gambar ni original candid.

tengah menentukan pose macam mana yang nak dibuat! eheks! ;)
tengok! sampai stress kawan aku tengok gelagat kami.. weeeiihhh!
Tag pada sahabat aku yang "giler contest! Zanariah & Nurul Ain.. (^^) Hadiah menarik! Jarang aku tengok blogger yang bermurah hati sediakan banyak hadiah dan mahal-mahal macam tu.. i'm proud of u lah!! so, tamo kedekut-kedekut, jom memeriahkan contest blog Muna Rahimah
Thursday, November 17, 2011 6 comments

Allah beri Ujian... Jika Aku Mati...

Hari ini, Allah memberikan aku ujian. Hampir saja menitis air mata ni, sebab dikeji dengan perkataan-perkataan kesat. Aku biarkan saja. Aku menadah telinga mendengar perkataan-perkataan tak baik itu dituju untukku. Aku tersenyum? Yah! memang aku tersenyum. Aku bukan tersenyum gembira kerana mendapat kejian. Tapi aku senyum kerana Allah memberikan aku sesuatu. Aku tahu, Allah rindukan doa-doa kudus dari aku pada waktu malam. Allah rindukan aku untuk munajat padanyaAllah menunjukkan sikap-sikap manusia di dunia. Allah mengingatkan aku tentang mati. YA! TENTANG MATI!

Aku diugut. Untuk dipukul, untuk dihabiskan riwayatku. Aku ingat itu. Malaikat maut mungkin saja sedang mengintai ku di mana-mana. Ya Allah, andai saja nyawaku ditarik dalam masa terdekat ini, aku mohon, biarlah ketika itu aku sedang menuju ke jalan MU. Jalan yang diredhai. Supaya aku mati dalam keadaan yang baik. Aku tak takut untuk mati, tapi aku takut mati dalam keadaan yang tak baik. Aku takut mati luar dari redhanya.

Benarlah, jika sesuatu yang baik itu, bukan mudah untuk didapatkan. Apa yang aku lakukan untuk raih redha Allah. Bukan untuk raih kepercayaan kamu, bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk hipokrit. Segalanya kerana Allah. Bila aku ingin dekatkan diri dengan DIA, banyak ujian yang perlu aku tempuh. Mungkin saja nyawaku terkulai, mungkin saja maruahku tercalar, mungkin saja badanku terlerai. Biarlah.. hanya Allah yang tau niat di hati ini.


Aku kuatkan diri. Aku tabahkan hati. Aku raih ketenangan Ilahi. Rasulullah lebih hebat menerima dugaan. Apa yang aku kena ni apalah sangat. Tapi Rasulullah berjaya. Bermaksud, aku juga tak mustahil untuk berjaya harungi dugaan ini. Hanya perlukan kesabaran yang tinggi dan jangan sekali aku melupakan Penciptaku.

Untuk sahabat, kawan-kawan aku yang aku sayang, terima kasih sebab backup aku. Sentiasa sokong aku. Aku tahu, korang faham sebenarnya aku tengah bersedih. Tapi korang tak putus-putus bagi semangat. Hantar sms, kat facebook, tak cukup, depan-depan lagi. Aku terharu sebab korang tak biarkan aku susah sorang-sorang. Terima kasih kawan.

p/s! kalau jadi apa-apa kat aku, korang tau kan sebabnya.. -.-"
Wednesday, November 16, 2011 9 comments

Cerita OKU

OKU. Ataupun orang kurang upaya. Itulah gelaran yang diberikan oleh semua orang kepada salah seorang rakan aku sejak kecil. Kurang upaya untuk bergerak. Mempunyai kaki tetapi tidak dapat berjalan sempurna seperti kita yang normal. Mempunyai akal yang cerdik tetapi tidak berpeluang untuk berpelajaran lebih tinggi. 
Dah lama kami tak berjumpa. Hampir 16 tahun yang lalu. Aku pun tak ingat wajah itu. Baru-baru ini, berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau. Aku mengambil kesempatan untuk bertanyakan macam-macam hal.

Lepas aku berbual dengannya, banyak benda yang menginsafkan aku. Banyak benda yang membuatkan aku buka mata. Apa yang aku bualkan, jawapan yang aku terima sangat menyentak hati.

"saya malu nak jumpa kamu...saya sedar sapa saya..."
"dah lama saya tak jumpa kamu... lepas ni dapat ke tak saya jumpa kamu lagi..."
"siapa saya ni..nak dapatkan orang macam kamu...."

Ayat-ayat ungkapan itu betul-betul menyentap hati aku. Banyak kisah-kisah beliau yang aku dengar dari opah aku, saudara mara aku. Aku selalu saja merungut pada Allah tentang kehidupan aku. Tanpa aku sedar sebenarnya apa yang aku rungutkan itu dah cukup baik sebenarnya. Ya Allah...nampak sangat aku kurang bersyukur dengan nikmatnya.

"Allah, kenapa kasih sayang itu KAU rentap setelah aku hampir memilikinya...?"
"Ya Allah.. kenapa aku bukan menjadi pilihannya..."
"Ya Allah.. kenapa markah ujian aku tak boleh mencapai markah seperti rakan-rakan ku?"
"Ya Allah.. aku sedar aku tak secantik mereka.. "

Ya Allah, banyaknya aku merungut. Sedangkan ada mereka yang lebih tidak bernasib baik. Aku merungut kerana kasih sayang diragut. Sedangkan ada hamba Allah yang langsung tak pernah merasa untuk disayangi.

Aku merungut kerana tak menjadi pilihan kepada mereka yang sedang memilih. Sedangkan ada hamba Allah yang langsung tak termasuk dalam senarai pun. 

Aku selalu merungut kenapa Allah memberikan markah yang rendah pada aku. Sedangkan ada hamba Allah yang tak berpeluang langsung untuk mengambil ujian seperti aku bahkan tak mempunyai kesempatan untuk mengenal abjad dan nombor. 

Aku merungut kepada Allah kerana aku tak secantik mereka yang jelita. Sedangkan ada hamba Allah yang mempunyai rupa yang tidak sesempurna kurniaanNYA seperti aku.


*muhasabah diri.. mengingati nikmat yang diberikan sebenarnya terlalu banyak.. tapi mentality manusia ni, yang sikit tu juga nak diungkit.
Saturday, November 12, 2011 2 comments

Sekadar Coretan Hati Aku..

Aku merenung di luar jendela..
Memerhati keadaan sekeliling..
Tiba-tiba hati tersentuh, mata berkaca..
Lantas menutup mata dan berpaling..

Aku sentiasa cuba tersenyum menutup duka..
Sentiasa cuba ketawa girang menutup luka..
Namun, sampai bila aku mampu bertahan dengan kepura-puraan?
Bila aku sendiri, tak mampu untuk aku menahan hiba..

Apa yang aku rasa kini, terlalu sakit..
Munajat kepadaNYA memohon pengertian..
Adakah ini balasan apa yang telah aku lakukan?
Penderitaan ini yang ditanggung hamba Allah itu?


Mungkin saja aku khilaf dalam pencarian terbaik..
Mungkin saja aku tersilap langkah dalam penyelesaian..
Mungkin saja aku tersalah percaturan dalam pemilihan..
Yang akhirnya aku tersungkur seorang diri dan menyesalinya..

Sekarang aku tak berani..
Berdirinya diriku tak seteguh dulu..
Suara ini tak mampu untuk bertutur lagi..
Wajah ini tak mampu untuk ku angkat lagi..
Hati ini tak berani untuk menerima lagi..

Terduduk, jatuh, sakit, pedih, merintih, hanya pada yang sudi menerima..
Yang sentiasa bersama walaupun cintaNYA seringkali aku duakan..
Tak pernah jemu untuk menerima taubatku..menerima kekhilafan ku..
Ya Allah, aku takut untuk hadapi hari akan datang..
Ya Allah, aku memohon pinjaman kekuatan dan ketenangan..

Andai hari esok masih bersisa, aku memohon sedikit kegembiraan..
Andai hari esok masih bernyawa, aku mohon khabar indah dariMU..
Andai hari esok masih terjaga, aku mohon selembar senyuman itu..
Andai hari esok masih berdetik, aku mohon seribu kemaafan dari hamba-hambaMU..

*sekadar coretan hati..
 
;