Thursday, September 19, 2013

TAKTIK PENIPUAN JUAL BELI

GORES & MENANG! CABUTAN BERTUAH! CABUT KAD!

Ketiga-tiga di atas seringkali kita jumpa di pasaraya. Aku nak cerita satu pengalaman yang baru saja aku dan kawan sepejabat lalui. Pengalaman ini boleh la di klasifikasikan sebagai satu penipuan. Bukan nak menipu pun. Aku yakin ini hanyalah satu stratigi semata-mata tapi dalam tak perasan ia adalah sesuatu yang boleh dipanggil sebagai "PAKSA BELI".

Ceritanya bermula begini, dalam pukul 1-2 pm aku dan kawan sepejabat keluar untuk membeli makanan tengahari. Aku singgah sekejap ke pasaraya berdekatan dengan office tempat aku bekerja. Bila nak balik tu, aku ditarik oleh seorang budak perempuan yang bekerja sebagai promoter jualan barang elektrik company mereka. Ayatnya semata-mata mahu aku menyokong promosi yang mereka jalankan dan hanya mengisi borang, aku akan dapat beg kitar semula.

"Sekadar isi borang dan dapat beg?" aku fikir satu benda yang mudah. Dah selesai, aku pun bangun untuk balik. Kebetulan kawan aku liyana (bukan nama sebenar) pun sampai di tempat aku tadi. Dah alang-alang sampai, aku ajak lah dia join same semata-mata kerana beg.

Bila kawan aku sampai, macam-macam mereka terangkan pada Liyana ni. Siap dapat 2 kupon yang DIA BAGI. Kawan aku buka je lah kan, tup tup kat kupon tu ada tulis "RM 1000" dan "RM 200". Dengan muka terkejutnya budak-budak tu talifon HQ kerana tak percaya yang ada customer dapat kupon sebanyak itu. Mulalah satu demi satu helah yang mereka guna untuk menarik perhatian pelanggan.

"Sempena ulang tahun company, hanya 10 kupon yang dikeluarkan berjumlah RM1000.00 dan akak orang pertama berjaya mendapatkan kupon tersebut.."

"Beli satu barang bersama kupon RM1000, anda boleh pilih mana-mana barang bawah RM3500.00 sebagai hadiah..."

"Beli barang kami jika tak mahu bayar cash, boleh secara ansuran..."

"Kupon RM1000 hanya boleh digunakan pada hari tersebut.."

"Gunakan debit/credit card anda untuk approve loan samada layak atau tidak"

Kawan aku decide nak tanya husband, tetapi mati-mati mereka cakap tak perlu tanya husband kerana sekiranya kawan aku membuat pembelian, hanya RM48 bayaran bulanan. Mereka meminta kawan aku punya debit card untuk semakan loan. Siap bertanya samada sticker di belakang kad debit itu gambar burung atau layang-layang. Sekiranya gambar burung, boleh diguna pakai. *Eh! kad semuanya sama kan..? gambar burung?* Kawan aku ni bijak, dia bagi card bank yang kosong. Maka, dengan itu card tersebut "decline" serta merta. Aku ingat habis macam tu je, dia minta pula kad bank yang lain. Aku dengan kawan aku dah rasa lain macam dan terus pulang ke pejabat.

....................

Hari yang sama, kami terus ke bank untuk tukar password dan kad bank. Takut terjadi apa-apa. Berdasarkan pengetahuan aku, loan bank tak boleh dibuat sesuka hati terutama menggunakan debit kad. Tahukah anda ia adalah semata-mata tektik mereka? Sekiranya anda ada wang yang mencukupi semasa anda memberikan kad debit, wang anda serta merta dibekukan dan anda boleh bawa balik barang elektrik yang anda TERBELI tu..Kiranya anda dah bayar full payment dan "terms" ansuran itu diguna pakai bila duit anda yang dibekukan itu ditarik RM50 setiap bulan sehingga habis. 

Pengajaran dan pengalaman ni la yang aku nak kongsi dengan korang supaya korang pun tak terjebak. Mujur kami sedar awal sebab kami tergerak hati nak bertanya kepada kawan office yang dah berpengalaman dalam kes-kes kena tipu macam ni.

Eh! belum habis, nak dijadikan cerita.. kami pergi ke tempat promosi petang tu. Kebetulan mereka ada customer yang dapat cabutan macam kawan aku tadi. Aku dan kawan-kawan perasan yang muka mereka semua berubah kerana kami terdengar taktik perbualan mereka sama macam kawan aku kena. "terkejut belum ada yang dapat cabutan sedemikian!!!" , "hadiah ulang tahun company" , "call manager HQ tanya benar atau tidak" bla bla bla.. kantoiiii....

Semakin kantoi bila aku tanya cawangan mereka di mana. Gahnya konon ada 32 cawangan di seluruh Malaysia tetapi satu pun mereka tak tahu di mana. Nak tergelak, mereka cakap cawangan mereka ada di Tesco Slim River Perak. WOooi! Slim River mana ade Tesco bhaiii.. haaa.. nampak tak penipuan tu? Hahahaha... Aku tengok pada kad cabutan tu, tak exclusive langsung, tak ada cop company. Barang letrik yang mereka jual tak pernah dengar langsung. Aku tanya samada mereka ada website atau tak. Mereka bagi link sayangnya TAK ADA okey!! Oleh itu aku sendiri mengisytiharkan "PENIPU"! 

Maka dengan ini, jangan mudah terpedaya dengan taktik-taktik busuk dorang ni berniaga. Ni dah masuk kes "PAKSA BELI" dah ni. Okey? Thanks sebab baca blog usang aku yang berhabuk bertahun tak update ni. Ok, see u next. 

XOXO =D

3 comments:

Oh Azan said...

mula-mula baca pening, dua kali ulang baru faham. huhu

Man Siakap said...

senang2 g kedai letrik teruih. hahaha

Shida said...

Hahah..sy dah terkena...lepas tu kita ckp kita nk report bagai...tribunal...lepas tu diorang takut...kita g balai polis...lepas dah usaha buat semua tu...bru jnji nk refund...alhamdulillah diorang refund duit balik...tpi ingt klu nk refund jgn guna lagi barang tu

 
;