Friday, October 28, 2011 9 comments

MULA BERCINTA SEMUANYA MANIS~ZANA


Okey, dah print screen status di atas. Yela, nanti ada pula yang mengatakan aku syok sendiri bicara soal hati, perasaan, cinta dan kasih sayang. Permintaan seorang rakan blogger memerangkap kawan seangkatan, aku nak juga mengulas sedikit. Walaupun dah banyak kali aku bicara pasal cinta. Sampai naik juling orang membaca dan naik pening melihat entry aku. *ade mak kisah? huh~! 

CINTA! lagi-lagi soal cinta. Sekarang ni ramai sangat yang sedang dilamun cinta sehinggakan ada terasa dilambung-lambung dengan hujah manis dan bungaan cinta mekar dihati segala bagai lah kan? Kawan, sekadar bertemu hanya beberapa jam, minit, minggu, bulan, tak cukup untuk kita menilai seseorang itu. Sedangkan yang bertahun kenal pun, masih meragui pasangan. Malah ada juga yang semakin lama berkenalan, semakin dia tak mengenali "siapa" pasangan mereka.


Guys~! satu pesanan. Yang kini aku terapkan dalam jiwa aku insyaAllah. "easy get, easy go!" makanya, jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu pasangan. Ingat~!!!! Selidik sehabis mungkin sekiranya anda ingin berteman lebih rapat bersama si dia. Tahu kenapa? 

Okey, alhamdulillah. Ramai orang inginkan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Perempuan, mahukan lelaki yang soleh, yang boleh mengimamkan mereka dan sangat menginginkan lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki pula, inginkan wanita solehah sebagai peneman hidup kerana wanita solehah sebagai isteri adalah penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, yang penting sekali yang boleh menjaga dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak mereka. Semua mahu yang baik. Oleh itu ramai juga yang sedang membuat perangkap menggunakan agama sebagai cara mereka memikat hati perempuan.

Hati-hati, kerana anda mungkin salah seorang mangsa itu. Sebab, tiada yang mustahil di dunia ini. Bagaimana untuk anda mencari lelaki yang benar-benar tawadhuk dalam agamanya? Ikutlah cara yang telah digariskan oleh Islam. Carilah yang berilmu dan yang beramal dengan ilmu agamannya dan bukannya mencari orang yang berilmu sekadar belajar di sekolah-sekolah agama semata.

"Mula bercinta semuanya manis".. janji-janji ditabur, kata-kata manis diucap, puji-pujian, yang buruk pun dipuji. Alangkah indahnya sekiranya segala benda ni dilakukan setelah berkahwin. Setelah halal. Puas kerana ucapan itu sudah tentu pada mereka yang benar-benar berkelayakkan.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan......"-Imam Hasan Al-Basri-

*jari bukan sekadar menari, tetapi berpesan kepada diri ini juga.
*jadilah seorang mukminah, bukan sekadar muslimah. :)
*ZANA sila buat entry balas ye.. hihi...
Wednesday, October 26, 2011 12 comments

Jika Aku Diberi Pilihan



Kalau diberi pilihan, 
Mahu saja aku kembali ke dalam rahim ibuku..
Mahu saja aku kembali lahir dalam suci dan bersih..
Mahu saja aku kembali ke zaman kanak-kanak dulu..
Mahu saja aku hapuskan segala kesilapan dulu..
Mahu saja aku menjauhi KAMU yang menyakitiku..
Mahu saja aku menerima KAMU yang menyayangiku..

ITU JIKA AKU DIBERI PELUANG.
sekarang, apa yang ingin aku lakukan ialah,

Kembali mengutip sisa baki hidup dengan melakukan amal..
Kembali menimba ilmu yang ku tinggalkan..
Kembali membersihkan hati yang aku kotorkan..
Kembali tersenyum setelah duka yang aku rasakan..
Kembali menyemai cinta pada Yang Sepatutnya..
Kembali meraih cinta sejati Allah Taala.


*Ya Allah.. sering saja aku curang kepadaMU..
*Ya Allah.. sering saja aku bermaksiat dijalanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku meninggalkanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku terlupa akanMU..
*Ya Allah.. sering saja aku berdosa padaMU..
*Ya Allah.. sering saja aku menabur janji palsu padaMU..
Namun tak pernah sekali engkau meninggalkanku Ya Rabbi..
Sesungguhnya aku lupa akan diriMU yang memberikan bahagia itu..
Sesungguhnya Engkaulah KEKASIH yang sebenar. Dunia, dan akhiratku..
Ampuni aku Ya Rabbi...
Monday, October 24, 2011 9 comments

Manusia Ketika Bercinta ada 2 Ciri.

Orang yang bercinta ni ada 2 CIRI. Ada yang Bijak, ade juga yang Bodoh. *agak kasar bahasa, maaf. Kedua-dua ciri ni ada dalam diri setiap insan yang bercinta. Bezanya sama ada ikhlas atau tidak dalam menjalani perhubungan dan sama ada sedar atau tidak. Tapi itu adalalah hakikat. 


Masa bercinta semuanya indah. Bila dah benci, yang indah jadi buruk semuanya. Masa bercinta semua kabur. Serba serbi baik, serba serbi bagus sampai yang buruk pun kita nampak bagus. Sebab menceritakan buruk sendiri orang anggap berani menonjolkan kelemahan sedangkan itu adalah "hint" bahawa anda akan disakiti. Taktik kuno semuanya tapi masih ada lagi yang tertipu. Ada juga yang berniat ikhlas agar si dia dapat menerima baik buruknya. Wallahualam. Itu adalah hak masing-masing.

BIJAK untuk menipu pasangan.
BIJAK untuk membuat helah.
BIJAK untuk memutar cerita.
BIJAK untuk menabur janji.
BIJAK untuk berkata manis.
BIJAK untuk menutup kesilapan.
BIJAK untuk mengambil hati.

BODOH kerana percaya.
BODOH kerana tak nampak cela itu.
BODOH kerana termakan janji manis.
BODOH kerana rela dilukai.
BODOH kerana buta hati.
BODOH kerana terlalu ikutkan hati.


Al kisahnya, ada manusia yang hati hitam. Mempergunakan agama untuk menarik minat hati si pasangan. Beria la mengaku solat 5 waktu tak tinggal, jumpa pasangan siap berbaju melayu bersongkok. Bercerita ke masjid untuk solat jemaah setiap waktu magrib dan isyak. Membaca Al-Quran setiap hari. Sedangkan pada hakikatnya terbongkang bersama talifon, laptop, menonton tv dengan boxernya. Patut tak?


Terdetik pula aku nak buat entry ni. Setuju atau tidak, ini hanyalah pandangan aku. Aku tahu tak semua yang begini tetapi jika terdapat ini semua pada diri kamu dan aku juga, aku nak pesan..itu lah namanya cinta. Suka dan sakit itulah cinta. 

*Pada hakikatnya tersenarai BODOH & BIJAK di atas, ada antaranya aku termasuk sama. >.<
Sunday, October 23, 2011 14 comments

FENOMENA PERCINTAAN, PERKAHWINAN, PERPISAHAN

Sejak dua menjak ni ramai benar berceritakan mengenai kisah cinta, kisah perkahwinan, aurat, kekasih hati, bakal suami dan bakal isteri. Menjadi satu fenomena pula kan? Tak kurang juga aku. Pernah merasakan semua tu. Sampai satu saat aku merasakan tak percaya pada namanya "cinta manusia, kasih sayang manusia" yang seakan membutakan hati dan perasaan, dan memberikan kelalaian semata.

Mujur aku cepat tersedar. Kalau tidak aku pun mungkin lemas dalam namanya "arus percintaan". Aduh! Sakit cinta itu andai tak pandai kita untuk mencorakkannya. Lebih baik la berhenti bercinta dan kahwin terus. Bercinta lepas kahwin lebih indah. Berkenalan seterusnya menjaga hati masing-masing sepanjang masa. Berkahwinlah kerana agama. Menunaikan ibadah. 


"Tenang sahajalah, jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat ibadah kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya."

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

14 Dzulka'edah 1432 H,
Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.

*tak perlu gelisah bila si dia, si dia meninggalkan anda.
*dia bukan terbaik untuk anda sekiranya Allah tidak pertemukan kalian.
*ada yg lebih baik untuk anda kelak. InsyaAllah..
*senyumlah, bergembiralah, bersyukurlah kerana hidup ini indah diberi nikmat cinta.
*bersangka baiklah dengan Pencipta. Sesungguhnya DIA lebih tahu.

*yang penting jangan ada dendam. Allah maha adil, biar DIA yang membalasnya. (^^)
 
;