~sambungan~
Ayah terus memberhentikan kereta bila mendengar dentuman kuat di belakang. Ibu dan ayah keluar dari perut kereta dan bergegas ke jalan raya melihat along... "subhanallah anak aku...!!!" ibu terus menangis melihat keadaan along yang berlumuran darah di wajahnya. Ibu mendukung adik kecil (mia) sambil memeluk along yang sedang mengerang kesakitan. orang ramai semakin ramai berkerumun. Ayah tercengang dan tak henti-henti menyalahkan dirinya. Dia terus mendukung along dan membawa ke hospital berdekatan. Ayah menangis tersedu-sedan sambil menyalahkan dirinya.
-
-
-
-
Setalah berjam lamanya di hospital alng dibenarkan untuk dibawa pulang. Aku menunggu di rumah dengan tertanya-tanya bagaimana keadaan along. Setelah mereka tiba di rumah, aku melihat wajah tua ibu dan ayah basah dek air mata. Ayah mengendong lesu along ke dalam rumah. Aku telah menyiapkan pembaringan untuk along. Ya Rabbi! Menitis air mata ku ini melihat wajahnya dan keadaannya yang tidak berdaya itu. Hilang segala wajah riang yang sentiasa menghiasi wajah hitam manis itu. Yang tinggal hanyalah kelesuan. Kelu lidah ini untuk bicara bila melihat wajahnya penuh dengan darah yang dicuci dan berparut serta berjahit. Lututnya terkoyak kerana terseret di jalan raya. Badanya luka dan calar serta berdarah. Hanya air mata ini yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu.
"Angah...kenapa menangis? aku hidup lagi ni.. tapi aku dah tak cantik..muka aku dah berparut.. aku tak mahu bersanding...macam mana nak kawen ni angah...?" wajah itu ku tenung lembut. Terasa bait kata itu semakin menghiris perasaan aku.
Seharian aku membantu dia mengurus dia mandi, ke tandas, menyuap makan.. terdengar dia bicara " aku ni menyusahkan korang je nak kena papah aku ke toilet..nak mengurus aku.. along minta maaf ye" tersentuh lagi hati ini mendengar bisikan itu..
"along, angah akan jaga along..jangan risau, along kakak angah, angah nak along cepat sembuh ya.." aku bersuara sebak.
*Dia saudara ku...lahir dari tempat yang sama..mustahil untuk aku tinggalkan dia bila dia dalam keadaan yang begini..along, angah doakan along cepat sembuh ye..angah rindukan masa kita bergelak ketawa dahulu*
No comments:
Post a Comment