Sunday, October 3, 2010

DIA YANG BERGELAR SAHABAT...


Baru-baru ni..aku baru sahaja berkenalan dengan seorang saudara yang bernama sahabat.. kalau tak silap aku..xsampai 2 minggu pun aku mengenali beliau.. kami berhubung melalui satu laman sosial terkenal..facebook... Actually aku dah lame kenal dia..sb dia nie org yang agak popular jugak la... tp aku tak pernah berani menegur beliau dan tak pernah terlintas pun satu hari kami akan berkawan.. dalam tempoh yang singkat aku mengenali beliau di laman sosial itu sedikit sebanyak hal beliau aku ketahui.. Tapi... mungkin perkenalan yang wujud itu hanya sementara dan dia hanya sempat menjadi sahabat aku buat seketika.. Allah ingin menduga aku.. bagaimana aku akan menjalani hidup bila persahabatan yang baru dibina terlerai.. sahabat ini satu kampus dengan aku di politeknik... tapi kami jarang tertembung... apatah lagi berbual.. aku hanya terserempak beberapa kali sahaja... itu pun sebelum mulanya ukhuwah persahabatan ini... setelah kami berkenalan di facebook.. kami tidak pernah lagi bertembung.. Semasa persahabatan kami... beliau telah mengungkapkan satu rahsia yang membuatkan aku terkejut dan tak pernah menyangka beliau menghadapinya.. aku diberi tahu bahawa beliau menghadapi sakit barah otak... aku terkejut sangat... tp itu memang bukan satu yang mustahil kerana tiada apa yang mustahil di dalam dunia yang fana ini.. aku berharap beliau tabah untuk menjalani hidupnya yang mungkin sahaja singkat memandangkan penyakit yang dipikul sudah lama..tapi aku berharap dia mempunyai umur yang panjang dan akan sembuh dari penyakit tersebut.. walaupun aku tahu yang penyakit itu mempunyai peluang yang tipis.. lebih mengejutkan aku menerima berita bahawa beliau telah meninggalkan kehidupan kampus.. beliau berhenti poli..dan aku tak tahu kisah selanjutnya...aku masih tertanya-tanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk menamatkan saja pengajian beliau setelah selama 2 sem beliau memerah otak menjalani kehidupan sebagai siswa.. wahai sahabat.. walaupun baru sedetik, seminit, sejam kita berteman.. tp hope ukhuwah ini tetap kekal.. sebagai sahabat aku mendoakan kamu agar bahagia di samping keluarga tercinta... lawanlah penyakit kamu wahai sahabat sedaya mungkin.. kerana sememangnya tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati..

mengenali seseorang itu ...
kadang kala membuat kita ketawa....
kadang-kadang membuatkan kita mengalirkan air mata...
sesungguhnya mengenali seseorang itu...
mampu memberikan kita sejuta rasa...
marah.. kecewa.. sedih.. gembira.. sayang.. rindu..
tapi sedarkah kita?
mengenali seseorang itu sebenarnya adalah1 anugerah...
biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara?
bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali,
melaluinya kita mengerti apa itu erti sebuah perhubungan
 


BY: EYQASARA.

1 comment:

Jay said...

Persahabatan itu indah..tapi adakala persahabatan itu di uji oleh allah...hanya allah sahaja yang mengetahui rahsia di sebalik ujian itu pada persahabatan ini..allah menyukai hambanya yang mengukuhkan tali silaturrahim antara saudara seagama..:)

 
;