Friday, March 14, 2014

BICARA TENTANG JODOH

Pilihan KITA belum tentu baiknya...
Pilihan KELUARGA mungkin baik...
Tapi pilihan ALLAH semestinya terbaik...

Aku terkesan sedikit bila baca bait di atas. Benar. Sememangnya benar. Aku teringat seawal umur aku 16 tahun. Ustazah penah berpesan kepada aku dan kawan-kawan. "Berdoalah punya jodoh yang baik dari sekarang..bukan tunggu esok bernikah, baru mahu berdoa agar diberikan jodoh yang baik. Masa tu dah agak terlambat...."

Nampak gatalnya perangai anak dara anak teruna seawal umur begitu sudah berfikiran ke alam perkahwinan. Tetapi bagi aku itu bukan menunjukkan pemikiran yang gatal atau seangkatan dengannya, tetapi pemikiran matang yang memikirkan soal tanggungjawab. 

Apa sekalipun yang tertulis di sini, jodoh kita bertemu dengan pasangan di dunia belum lagi pastinya. Tetapi jodoh kita bertemu Allah di alam lain adalah sudah semestinya. Jangan terlalu fikir soal  jodoh, lupa soal yang sepatutnya.

"Kurangkan bicara tentang hati dan banyakkan bicara soal mati..."

Aku sebagai pemilik badan pinjaman Allah taala ini, mestilah terniat di hati untuk memilih jodohku sendiri. Tapi, apa yang berlaku dari hari ke sehari, seakan berat jodoh itu untuk lekat. Seperti main tarik tali. Kita nak, dia tak nak. Bila kita tak nak, dia nak. Ini semuanya adalah dugaan Allah SWT. Aku belajar untuk redha menerima segalanya.

Apa sekalipun, aku sangat berharap agar pilihan jodoh itu adalah daripada DIA dan bukan dari sesiapa. "Ya Allah, bantulah aku dalam melakukan dari sekecil-kecil keputusan sehinggalah ke keputusan yang terbesar. Janganlah Engkau membiarkan aku sendiri terkapai-kapai dalam membuat keputusan."

P/s: Kepada yang move on move off tu, aku rasa sebaiknya kita MOVE ON pada benda yang patut. Iaitu move on cari redha Allah dah rahmatnya sebagai bekalan akhirat yang sedang menanti. Manusia takkan menunggu kita. Tapi Allah sedang memerhatikan kita untuk mengambil kita pulang ke pangkuanNYA. Wallahualam.


Layan lagu MUHASABAH CINTA  dulu. :)


1 comment:

Anonymous said...

terang matahari dilihat seluruh bimasakti,inikan pula manusia sejenis wanita?

hati yang cemburu untuk apa dihiraukan? tatkala minda jenuh menyimpan pedoman?

jika jodoh itu ditangan tuhan, maka cari jodoh itu ditangan kita.

langsung dalam diam terasa sunyi? waima sendiri berdiri di sekian yang mengasihi?

leraikan hiba,
pincangkan sugul,
retakkan hampa,
berdirilah..
berdirilah memegang semangat.
langkahkan kakimu,
langkahlah bersama ilmu.
kerana ilmu kamu itulah yang mencairkan hati sejenis lelaki.

 
;